Memaparkan catatan dengan label Gaya Hidup Sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gaya Hidup Sihat. Papar semua catatan

Tanpa Pil Kurus, Berjaya Turun 40kg Dalam 3 Bulan

Nota Editor: Pendedahan ini telah dilakukan oleh Arif Afifi Mohamad Sukri seorang mahasiswa yang sedang menuntut Jurusan Tafsir Hadis Di Jambi, Indonesia. Ramai yang bertanya bagaimana beliau berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40kg dalam masa 3 bulan.

Kami berjaya menghubungi beliau dan mendapat kebenaran untuk kongsikan semula di sini. Semoga ini dapat membantu anda yang turut ingin mengurangkan berat badan


Lost 40 Kg in 3 Month!
Ok! disebabkan mesej yang terlalu banyak minta saya ceritakan kaedah dan bagaimana cara saya mengurangkan berat badan, saya akan kongsikan

Saya akui, saya di antara mereka yang tergolong di dalam masalah obesiti dengan berat badan mencecah 120KG. Alhamdulillah, tanpa supplyment atau pil-pil kurus yang lain saya berjaya mengurangkan berat sebanyak 40 KG

Tips ni banyak saya ambil dari Kevin Zahri dan member2 medic dari Unisza seperti Dr Nashrul Hadi, Dr Aiman, Dr Hafez dan Dr Arif Fahmi. Berikut antara tips yang saya laksanakan dalam tempoh 3 bulan ini. Saya tak katakan ini adalah yang terbaik. Jika nak yang terbaik, rujuklah yang lebih ahli.

1. Amalkan makan nasi dengan kuantiti segenggam. (Makanlah berapa kali sehari pastikan hanya segenggam) Saya makan 2/3 kali sehari.
2. Ayaq manis, haramkan! (Dalam tempoh bulan pertama). Banyakkan minum air kosong.
3. Haramkan makanan bergoreng! (Pisang goreng, Ubi, Kentang, Ayam, bla…bla… Haramkan untuk sementara waktu)
4. Elakkan makanan bersantan. Nak makan juga? Kuantiti yang sedikit sahaja.
5. Makan protein dari rebusan dan panggang sahaja. (Ayam panggang, ikan rebus, ayam sup. Pastikan kurang garam dan minyak!)
6. Makan sayuq banyak! Pastikan setiap hidangan ada sayur. Sayur yang direbus atau mentah.
7. Kerepek, Keropok, MEGI dan JUNK FOOD yang lain mohon tinggalkan! Please...


Ini apa yang saya lakukan dalam tempoh sebulan pertama. Sebab masa ni saya cuma jaga pemakanan. Lagipun jogging waktu ni hanya bertahan 4 minit saja. Sebab pancit boh.

Masuk bulan ke dua. Saya mula jogging. Mula dengan 4 minit, kemudian ke 7, 7 ke 10 minit. Dari 10 minit tingkatkan ke 15 dan seterusnya mampu sehingga 30 minit tanpa henti. 

Stamina akan terbina hasil latihan hari-hari yang istiqamah. Jangan PAKSA DIRI. Jangan terus nak perderas 30 minit terus. Nanti badan akan ‘terkejut’! 

Saya nasihatkan juga, orang yang obes jangan terus nak ke GYM main dumbell atau nak bina badan jadi SADO.
 
Mula dengan cardio dulu. Dah turun ke berat ideal barulah tumpu kepada nak bina otot atau apa-apa saja untuk nampak katang

Jangan harap result dalam masa terdekat. Untuk kurangkan berat badan perlu banyak bersabar dan tahanlah telinga bila berdepan dengan member-member yang tak support. Abaikan. Kesihatan diri kita sendiri itulah yang harus dipeduli. 

Akhir sekali, niat semua di atas biar kerana Allah dan demi menjaga kesihatan ke arah yang lebih baik. 


Bukan harap pujian atau buat diri jadi lebih takabbur, riak dan jauh dari tuhan! Nak segak bukan sekadar RUPA tetapi akhlak dan maruah yang terjaga itu lebih utama. 

Sebab tu saya katakan untuk kesihatan.. Bukan untuk SEGAK paras rupa. Akhlak dan maruah adalah kesegakan yang lebih sejati! 

Perkongsian ringkas ini saya coretkan agar menjadi motivasi yang lebih baik buat rakan-rakan saya yang lain. Bahawa tanpa perlu berbelanja tinggi dan pil-pil kurus anda mampu mengurangkan berat badan dengan kaedah yang baik.

Rujuklah mereka yang lebih ahli. Jujur penulisan ini hanya sebatas pengetahuan saya sebagai Alumni Mahasiswa Pengajian Islam Usuludin. Saya bukanlah dari kalangan mereka yang mengambil jurusan perubatan ataupun dietetik yang khusus. 

Insyaallah, selepas ini saya akan berkongsi lagi tips-tips yang lain. Selamat maju jaya. Manfaatkan Ramadhan dengan ibadah dan mutu kesihatan yang lebih baik.

Semuanya di atas kesadaran masing-masing. Perlahan-lahan ke arah kesihatan yang baik.
Seeru ala barakatillah. 

Sumber: thevocket.com

Subuh lewat menyebabkan Hati Gelisah

Kita tentu telah mengetahui dan sangat memahami bahwa solat adalah satu kewajipan. Maka dari itu, melaksanakannya sudah menjadi keharusan bagi kita. Untuk itu, kita harus berusaha agar selalu melaksanakan solat. Dan solat di awal waktu itulah yang lebih afdhal.

Solat hendaknya jangan hanya kita jadikan sebagai kewajipan. Sebab, jika itu yang hanya bersarang dalam fikiran kita, maka melaksanakannya pun akan jadi dengan tidak sepenuh hati. Seperti melaksanakan dengan melengah-lengahkan waktu solat. Dan hal ini sering terjadi pada waktu subuh.





Banyak orang kesiangan dalam melaksanakan solat subuh. Ini bukan disebabkan tidurnya yang terlalu lena, akan tetapi kurangnya niat yang besar pada dirinya untuk melaksanakan solat subuh. Sehingga, ketika ia mendengar azan dan mengetahui masuknya waktunya solat subuh, ia akan menperturutkan nafsunya untuk menangguhkan solat, kemudian menarik selimutnya dan kembali menyambung tidurnya. Dan akhirnya, solat subuh dilaksanakan di luar waktu. Inilah yang menyebabkan banyak orang mengalami kegelisahan hati. Mengapa demikian?


Antara manfaat kesihatan dari solat subuh, ialah berkaitan dengan regulasi hormon. Mengutip penjelasan dari Ghazali dalam bukunya “Mukjizat Solat Tahajud dan Subuh” bahwa ada banyak hormon yang dapat mempengaruhi prilaku emosi manusia, di antaranya ialah hormon noradrenalin, steroid, adrenalin, estrogen, testosterone, kortisol, tiroid, dan lainnya.

Hormon yang terakhir (tiroid) berperan penting dalam memunculkan rasa emosi. Jika fakta ilmiah ini dihubungkan dengan solat subuh, maka sebab itulah sebahagian besar ulama menganjurkan kita untuk melaksanakan solat subuh tepat pada waktunya.

Jika seseorang bangun lewat atau kesiangan (melaksanakan solat subuh setelah tinggi hari) maka ia akan mudah mengalami kegelisahan dan kepenatan hati. Hal ini kerana hormon dalam kondisi tidak seimbang dan terlampau aktif. Akibatnya, dapat menimbulkan prilaku dan emosi yang tidak wajar, seperti mudah marah, tidak sabar, dan tergesa-gesa.

Inilah sebab utama kita mesti melaksanakan solat subuh tepat pada waktunya. Jadi tunggu apa lagi, mari segera perbaiki solat subuh kita. Berusahalah dengan pelbagai cara agar kita tidak lagi melengah-lengahkan waktu solat, terutama solat subuh. Jika kita telah mengawali hari dengan baik, maka insyaallah sepanjang hari yang akan kita lewati pun tentu baik juga.

Setelah dialihbahasa

Bahaya Asap Rokok Bagi Bayi, Kanak-Kanak dan Ibu mengandung


Pernahkah anda merokok di dekat ibu/wanita hamil? Atau pernahkah anggota keluarga anda merokok di berdekatan ibu mengandung? Tahukah anda bahaya asap rokok bagi ibu mengandung dan bagi calon bayinya? Artikel berikut akan menjelaskan bagaimana bahaya asap rokok bagi ibu mengandung dan janin yang sedang dikandungnya.

1. Merokok mengurangi peluang untuk mengandung
Bahan kimia berbahaya yang ada di dalam asap rokok dapat mengganggu fungsi dari saluran yang ada di indung telur sampai ke rahim. Hal ini dapat menurunkan kesuburan atau menyebabkan komplikasi kehamilan. Penelitian juga menemukan bahwa asap rokok dapat merusak DNA di dalam sperma lelaki. Kerosakan DNA ini dapat menurunkan kesuburan, menyebabkan bayi cacat lahir, atau menyebabkan keguguran.

2. Merokok dapat menyakiti bayi dalam kandungan
Merokok selama kehamilan meningkatkan risiko komplikasi kehamilan, bayi lahir prematur, bayi dengan berat badan rendah, dan sindrom kematian bayi mendadak (SIDS). Kelahiran prematur adalah ketika bayi lahir terlalu dini. Berat badan lahir rendah adalah ketika bayi berat kurang dari 2,3 kilogram. Bayi yang lahir terlalu dini atau terlalu kecil tidak sehat. Bayi yang ibunya merokok sekitar lebih 3 kali sehari  mungkin untuk meninggal akibat SIDS (kematian mendadak).

Asap rokok dapat merosak jaringan otak dan paru-paru pada fasa perkembangan bayi yang belum lahir. Ketika wanita mengandung merokok, boleh menjadi masalah dengan pertumbuhan plasenta. Masalah dengan plasenta dapat menyebabkan keguguran, kelahiran prematur, atau berat badan lahir rendah. Merokok bahkan dapat membuat plasenta terlepas dari rahim terlalu dini. Jika ini terjadi, Anda akan keguguran atau melahirkan bayi anda terlalu dini.

3. Asap rokok dapat menyakiti bayi dan anak-anak
Mungkin sebahagian ibu mengandung berhenti merokok ketika sedang hamil, dan akan merokok semula untuk ketika bayi sudah lahir. Asap rokok yang disedut oleh bayi sama bahayanya ketika sebelum bersalin. Bayi yang menjadi perokok pasif ketika lahir sangat beresiko meninggal akibat SIDS (kematian mengejut).

Bayi dan anak-anak yang menyedut asap rokok memiliki masalah kesihatan lainnya. Paru-paru mereka tidak bekerja dengan baik. Lebih dari 50% populasi bayi berumur bawah lima tahun di Indonesia berhadapan asap rokok di rumah, di kenderaan, atau di tempat umum (Riskesdas 2010). Di Indonesia, sebanyak 47.546 kes bayi lahir dengan berat badan rendah (IAKMI, Balitbangkes, 2012). Dan banyak sekali kanak-kanak menderita setiap tahun dari infeksi yang disebabkan oleh asap rokok, termasuk bronkitis, pneumonia, dan infeksi telinga dan batuk.

Untuk kanak-kanak yang menderita asthma, bernafas dan menyedut asap rokok dapat menyebabkan asthma datang kembali. Juga dapat menyebabkan asthma dapat menjadi lebih parah hinggakan anak terpaksa dikejarkan ke hospital. Kadang-kadang serangan asthma begitu parah sehingga seorang anak dapat meninggal disebabkannya.

Sumber: A Report of The Surgeon General – How Tobacco Smoke Cause Disease

Bahaya Rokok Masih Dianggap Remeh


Tak terbantahkan lagi jika rokok merupakan salah satu faktor utama penyebab penyakit tidak menular seperti penyakit jantung, kanker, diabetes, stroke, dan penyakit paru kronik. Namun, ternyata bahaya ini belum disedari oleh setiap orang, bahkan diremehkan.

Pakar hukum dari Komisi Nasional Pengendalian Tembakau Bidang Hukum dan Advokasi, Muhammad Joni mengatakan, masih banyak orang yang menganggap rokok sama saja seperti produk lainnya, seperti minuman atau makanan. Mereka menganggap, konsumsi rokok tidak akan mengganggu kegiatan yang dilakukan sehari-hari.

"Ini perkara perspektif, misalnya ada ada orang menguncang-guncangkan botol dan airnya mengenai wajah orang lain, mungkin orang lain itu akan marah, apalagi kalau tidak kenal. Tetapi jika orang menghisap rokok lalu dihembuskan ke arah orang lain, kalau orang itu kenal, maka ia mungkin tidak akan marah," papar Joni dalam diskusi bertajuk "FCTC vs RUU Pertembakauan" pada Selasa (26/8/2014) di Jakarta.

Ertinya, rokok masih dinilai sebagai produk biasa yang tidak membahayakan kesehatan sehingga meskipun orang merokok di tempat awam pun dianggap tidak terlalu menjadi masalah.

"Memang rokok adalah produk legal secara hukum, sama seperti makanan dan minuman. Tetapi rokok mengandung zat adiktif nikotin sehingga perlu dibatasi," tegas Joni.

Nikotin dan tar merupakan dua zat utama yang ada di dalam rokok. Keduanya merupakan zat adiktif yang tidak memiliki ambang aman bagi kesihatan. Sehingga walaupun nikotin dikonsumsi sedikit maka kesannya tetap bisa dirasakan. Tak hanya bagi orang yang merokok secara aktif, perokok pasif pun tetap merasakan kesan kesihatan yang sama.

Sumber: kompas.com

Kisah Nyata Seorang Perokok: Dulu Robby Juga Tak Percaya Bahaya Merokok


Rokok membunuhmu! Amaran itu tertulis jelas pada bungkus rokok. Gambar-gambar seram seperti kanser pita suara, kanser paru-paru pada bungkus rokok juga menjadi peringatan betapa bahayanya merokok bagi kesihatan.

Namun, Robby Indra Wahyuda (27) tak menghiraukannya. Ia tak takut dengan pesan peringatan kesihatan tersebut. Percaya bahwa rokok itu berbahaya bagi kesihatan saja pun tidak. Robby sudah ketagih merokok. Apalagi, ia telah mencuba menghisap rokok sejak masih duduk di Sekolah Rendah. Baginya, merokok akan membuat penampilan nampak lebih hebat.


“Waktu saya merokok, saya tak percaya dengan yang namanya penyakit paru-paru. Merokok mati, tak merokok pun mati, jadi lebih baik merokok sampai mati,” ucap Robby dalam sebuah video yang diunggah di Youtube.

Tapi, Robby akhirnya menyedari ucapannya itu kesilapan besar. Kesedaran akan bahaya merokok baru muncul setelah ia sahkan menderita kanser laring atau pita suara peringkat 3. “Saya mendekati kematian,” lanjut Robby dengan suara yang nyaris tak terdengar.

Akibat kanser itu,  ia harus kehilangan halkum dan juga pita suaranya. Robby tak dapat lagi menyalurkan hobi menyanyinya. Robby akhirnya menyedari bahaya merokok itu benar-benar ada. Sejak itu, ia terus menyebarluaskan bahaya merokok dan berharap pemerintah dapat melindungi para generasi muda dari rokok.


 

Menurut Robby, harga rokok di Indonesia masih sangat murah sehingga mudah dijangkau oleh kanak-kanak sekalipun. Murahnya harga rokok tak sebanding dengan kos pengubatan akibat merokok.
“Ketika orang berkata, aku sakit, aku perlukan dana sekian. Itu sangat mahal sekali dibandingkan dengan harga rokok yang murah sekali,” ucap Robby.

Ia tak ingin banyak anak muda bernasib sama sepertinya. Robby pun menulis petisi di change.org untuk Presiden Joko Widodo, agar bisa melindungi kanak-kanak dari asap rokok.

Tak mampu lagi bersuara lantang, Robby juga memilih banyak menulis di Facebook. Di media sosial itu  ia menunjukkan foto-foto selama rawatan di Hospital dr. Sardjito Yogyakarta. Terakhir, tulisan Robby lama tak muncul di laman Facebooknya. Ia pun dikabarkan telah meninggal dunia pada Selasa (23/6/2015).

Sumber: kompas.com


Selalu Lapar? Ini cara mengatasinya


Makan berlebih bisa mendekatkan seseorang pada kegemukan bahkan obesitas, penyakit gula, Kolesterol yang mengganggu kesehatan darah dan jantung.

Bila kini Anda merasa nafsu makan anda begitu sulit diredam, selalu ingin makan lagi dan lagi, berita baiknya anda tidak sendiri. Ahli gizi Julie Upton, RD, dari Appetite For Health memberikan 5 kaedah ini pada para pasiennya.

1. Isi perut dengan protein.
Protein membantu Anda menambah dan mempertahankan energi sepanjang hari. Jika Anda membutuhkan beberapa inspirasi makanan rendah kalori, sarapan tinggi protein boleh menjadi pilihan. Daripada mengonsumsi banyak karbohidrat yang membuat anda mudah lelah dan lapar kembali, pastikan jumlah protein lebih besar daripada karbo untuk makan tengah hari mahupun malam.

2. Minum lebih banyak air.
Rasa lapar yang menggila boleh jadi disebabkan kerana tubuh kekurangan cairan atau dehidrasi. Memastikan untuk meminum segelas air setiap jam, mampu menghindari anda memakan makanan ringan (jajan) yang tidak perlu.

3. Lebih banyak gerak.
Lupakan pendapat yang mengatakan banyak gerak atau bersukan dapat membuat anda mudah lapar. Sebaliknya bergerak aktif akan membantu tubuh memperbaiki metabolisme, sehingga membuat anda tak mudah lapar.

4. Minum teh saat petang.
Ganti kebiasaan memakan makanan ringan (jajan) di petang hari dengan secawan teh pudina hangat. Aroma pudina mampu memuaskan rasa lapar dan membantu anda merasa kenyang tanpa perlu makan banyak memakan makanan ringan (jajan).

5. Makan sedikit sebanyak 5 kali.
Dua atau tiga kali makan dalam jumlah yang banyak adalah awal bencana. Sebab, anda akan merasa tidak puas saat makan makanan sedikit. Sehingga kerapkan waktu makan anda, dan makan setengah bahagian sahaja dari biasa. Ini akan membuat kebiasaan “makan gila” anda berangsur pulih.

Sumber: kompas.com

Kotor punca kepialu, Bakteria daripada najis manusia punca utama


Umum mengetahui, demam kepialu atau tifoid yang dilaporkan menular di beberapa kawasan di ibu negara bukanlah isu kesihatan yang baharu, namun generasi hari ini kurang mengetahui tentang wabak ini yang boleh mengancam kualiti hidup manusia.

Pelbagai pihak dipersalahkan termasuklah restoran yang menggunakan khidmat pekerja asing tanpa izin (PATI) di bahagian dapur yang tidak melalui pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan suntikan vaksin untuk mencegah penularan wabak tifoid.

Kami di Herba An-Nabaat mengesyorkan tiga jenis ramuan herba ini sebagai penawar penyakit ini:

1. HN57 - Herba rawat kuman/virus
2. HN32 - Herba rawat demam
3. Minyak kelapa dara (VCO)

Demam kepialu adalah disebabkan oleh bakteria yang dinamakan Salmonella typhi (S.typhi) yang diambil daripada nama seorang pakar bakteria Amerika Syarikat iaitu Daniel Elmer Salmon pada 1900.

Demam yang sering berlaku di negara-negara endemik seperti India dan Bangladesh dikaitkan dengan aspek kebersihan di mana penularan penyakit ini adalah melalui makanan, minuman, dan air yang digunakan untuk membersih makanan.

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi Makmal Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara Puncak Alam, Dr. Maimunah Mustakim, demam kepialu dikaitkan dengan kebersihan diri dan makanan kerana S.typhi hanya mengkoloni atau menyerang tubuh badan manusia.

Seseorang yang diserang dengan penyakit ini akan membawa bakteria di dalam saluran pencernaan mereka.

“Kebiasaannya, bakteria yang memasuki usus boleh mati melalui tindak balas daripada asid perut. Seseorang yang makan makanan yang telah tercemar oleh bakteria S.typhi dalam jumlah yang banyak, bakteria tersebut boleh melepasi tindak balas asid perut dan terus menuju ke bahagian usus.


Kakitangan Jabatan Kesihatan mengambil suhu peti sejuk beku simpanan sayur-sayuran
untuk mengukur tahap keaktifan bakteria ketika membuat tinjauan ke sebuah restoran

di Kuala Lumpur berikutan tercetusnya wabak demam kepialu baru-baru ini.

“Dengan bantuan faktor adhesin, bakteria akan melekat pada receptor di bahagian usus dan menyebabkan radang. S.typhi boleh menjadi berganda di dalam sel imun seperti makrofaj dan seterusnya merebak ke seluruh tubuh melalui darah,” katanya.

Menurut beliau, bakteria ini, boleh berada di dalam tubuh manusia tanpa menunjukkan sebarang gejala penyakit dan keadaan ini dinamakan sebagai pembawa (carrier), yang mana najis mereka boleh mengandungi sehingga 10 bilion bakteria per gram najis.

Pembawa biasanya tidak menunjukkan gejala demam kepialu kerana keupayaan tubuhnya menentang jangkitan bakteria itu, namun mereka akan terus membawa bakteria ini di dalam badan dan dikeluarkan melalui najis.

Jika pembawa tidak mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi ketika mengendalikan makanan, dikhuatiri akan menjangkiti mereka yang memakan makanan dan minuman yang dikendali.

Dalam erti kata lain, pengendali makanan tidak mengamalkan kaedah pembersihan tangan yang betul selepas ke tandas dan terus menyentuh makanan dalam keadaan yang kotor.


Jururawat mengambil sampel darah seorang pekerja sebuah restoran sebagai
langkah awal mengekang wabak demam kepialu.

Katanya, kaedah penyediaan makanan untuk dimasak juga sangat penting seperti membasuh bahan makanan mentah dengan betul bagi mengelakkan pencemaran bakteria melalui makanan.

Kaedah penyimpanan yang betul sama ada yang mentah mahupun yang sudah dimasak juga perlu diberi perhatian.

“Gejala penyakit boleh dikesan dalam jangka masa dari enam ke 72 jam selepas dijangkiti bakteria, disusuli dengan demam yang berpanjangan, muntah, sembelit, cirit-birit dan sakit pada bahagian abdomen dalam tempoh satu hingga tiga minggu,” katanya.

Elak makan di tempat kotor
Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia, Prof. Dr. Zamberi Sekawi berkata, demam kepialu merupakan wabak yang boleh dirawat kerana negara kita mempunyai vaksin bagi menangani penyakit ini, namun semua pihak haruslah berwaspada terutamanya dalam aspek kebersihan.

Ujarnya, mereka yang disahkan menghidap demam kepialu akan diberikan antibiotik dan kematian jarang berlaku jika pesakit mendapatkan rawatan awal.

Namun, jika mereka hanya membiarkan keadaan itu, pesakit berisiko untuk menghidap pelbagai komplikasi yang melibatkan organ-organ badan yang lain yang boleh membawa maut.

“Amat penting bagi setiap orang memastikan bahawa orang yang mengendalikan makanan bukanlah dalam kalangan pembawa kerana ada pengendali makanan tidak meletakkan aspek kebersihan pada tahap tertinggi menyebabkan mereka mengambil sikap sambil lewa tentang cara-cara penyediaan makanan.

“Walaupun pengendali makanan di negara kita diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid sebelum beroperasi, kesedarannya masih lagi di tahap yang rendah. Lambakan warung-warung di tepi jalan yang beroperasi tanpa lesen turut mengundang kepada masalah ini,” katanya.

Saranan beliau agar orang ramai juga perlu menimbangkan untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan jangkitan demam kepialu jika menetap di kawasan yang berisiko atau berhasrat untuk ke negara yang biasa diserang wabak kepialu.

Selain, tingkatkan tahap berjaga-jaga dalam aspek kebersihan terutamanya ketika makan di luar. Orang ramai perlu mengelakkan diri daripada makan dan minum di tempat yang kotor dan menitikberatkan kebersihan makanan yang diambil.

“Bahayanya tidak akan berakhir kerana jangkitan demam kepialu boleh berlaku kepada sesiapa dan di mana sahaja. Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan, anda mampu untuk mengelakkannya dan mengurangkan penyebaran kepada orang lain,” katanya.

Sumber: utusan.com.my

Lobak Merah Untuk Kualiti Sperma

Lobak merah selama ini diketahui sangat bermanfaat untuk kesihatan mata. Namun ternyata, sayuran ini memiliki manfaat yang lebih banyak, salah satunya meningkatkan kesuburan lelaki.

Para penyelidik melakukan analisis terhadap kesan dari buah-buahan dan sayur-sayuran terhadap kesihatan sperma. Ternyata hasil menunjukkan, Lobak merahlah yang memiliki kesan terbaik.

Menurut studi tersebut, Lobak merah dapat memberikan kesan "mortalitas" yang paling kuat terhadap sperma. Mortalitas merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan kemampuan sperma untuk berenang menuju sel telur.
Studi yang dipublikasi dalam jurnal Fertility and Sterility melibatkan hampir 200 lelaki muda yang mengikuti diet variasi buah dan sayuran. Peserta kemudian melakukan pemeriksaan sperma untuk mengetahui kesan diet yang mereka lakukan.

Para penyelidik menemukan, makanan yang berwarna kuning dan oren-lah yang memiliki kesan terbaik untuk memperkuat sperma. Kesan ini, menurut mereka, adalah hasil dari pigmen yang disebut dengan karotenoid yang diubah tubuh menjadi antioksidan.
Kesan tersebut juga dipengaruhi oleh beta-karoten, yang kemudian oleh tubuh diubah menjadi antioksidan vitamin A.
Antioksidan merupakan senyawa yang berfungsi membantu menetralkan radikal bebas, kelompok atom yang dapat mudah berikatan dengan sel tubuh sehingga mempercepat penuaannya.

Menurut studi tersebut, ubi kayu dan tembikai susu dapat meningkatkan kualitas dan kuantitas sperma. Namun, Lobak merah juga dapat meningkatkan performa sperma antara 6,5 dan 8 peratusnya.

Sementara itu, buah dan sayuran berwarna merah, terutamanya tomato, mengandungi sebatian antikanser likopen. Sebatian tersebut memiliki kaitan dengan penurunan jumlah sperma cacat antara 8 dan 10 peratus.

"Pada lelaki muda sehat, konsumsi karotenoid dikaitkan dengan sperma yang lebih mortal. Sementara itu, konsumsi likopen memperbaiki bentuknya," ujar para penyelidik.

Studi sebelumnya dari Harvard menunjukkan, lelaki yang mengonsumsi makanan berlemak tepu paling banyak memiliki jumlah sperma yang rendah dengan kualiti yang buruk pula. Sementara itu, lelaki yang banyak makan lemak "baik", termasuk asam lemak omega-3, memiliki kualiti sperma yang lebih baik daripada mereka yang tidak.

Sember: Kompas

Wajah Anda Menunjukkan Kesihatan Anda


Sebuah pepatah lama mengatakankan bahawa wajah anda dapat mengungkapkan segalanya. Bahkan seseorang yang bercakap bohong juga dapat dikesan dari wajahnya. Namun, ternyata bukan hanya kebenaran kata-kata ataupun kepribadian saja yang dapat dikesan dari wajah,keadaan kesihatan tubuh dan keadaan mental anda juga dapat dikesan dengan melihat pada wajah anda. Pengamal perubatan tradisional Cina telah menggunakan analisis wajah sebagai alat pengesan selama berabad-abad. Dengan melihat bahagian tertentu pada wajah akan diketahui kesihatan organ dalaman dan keadaan emosional seseorang. Jika Anda mengalami gangguan penyakit kulit seperti jerawat yang muncul di tempat yang sama pada wajah secara berulang-ulang kali, maka ia menunjukkan adanya masalah kesihatan tertentu yang lebih memerlukan perhatian. meskipun mengesan penyakit melalui pemerhatian pada wajah bukanlah merupakan ilmu yang mutlak, namun ia dapat membantu dalam memelihara kesihatan. Berikut ini merupakan bahagian-bahagian pada wajah yang mesti anda perhatikan:

Pipi tengah
Pipi anda mempunyai hubungan dengan sistem pernafasan anda, adanya ruam ringan pada bahagian tersebut dapat menjadi pertanda bahawa tubuh anda kekurangan oksigen dan anda perlu melakukan latihan untuk memperdalam nafas Anda. Hannah Yang, seorang ahli pengobatan naturopathy spa ESPA Life di London mensyorkan, "Cubalah segala perkara yang dapat memperbaiki pernafasan anda, seperti latihan pernafasan, meditasi, atau bersukan.” Hindari amalan merokok kerana ia dapat mengakibatkan kerosakan pembuluh darah halus. Ia dapat dikesan dari perubahan warna dan bertambahnya garis-garis halus di bahagian pipi, seperti mereka yang menderita sakit selesema ataupun asthma. Ruam merah yang berlebihan pada pipi juga merupakan tanda-tanda terkena rosacea. Pengambilan kopi dan alkohol juga dapat menjadikan pipi bertambah merah.

Mulut
Mulut pula berhubung dengan perut. Bibir dapat menunjukkan keadaan perut dan usus, sedangkan bahagian sekitar mulut menuju ke rahang dapat menunjukkan keadaan usus besar. Adanya flek atau perubahan warna di sekitar bibir dapat menunjukkan penyakit seperti sembelit, kembung, ataupun kurang nafsu makan. Gusi berdarah menunjukkan asam lambung berlebih. Sedangkan bibir kering dan bersisik menunjukkan tanda-tanda yang jelas bahawa tubuh anda kekurangan air. Apabila bibir pecah-pecah dan berdarah dapat menunjukkan limpa anda perlu pengubatan. Ambillah makanan yang mengandungi vitamin B dan zat besi jika anda mendapati tanda-tanda ini.

Dagu
 Dagu berhubung dengan buah pinggang dan pundi kencing. Ketidakseimbangan hormon dapat terlihat pada bahagian ini. Remaja pada umumnya mengalami ketidakseimbangan hormon sehingga sering timbul jerawat di bahagian dagu. Atau tanda-tanda lain seperti terdapat ketulan darah di dagu yang menjadi pertanda bahawa buah pinggang anda terlalu lelah bekerja atau anda terlalu stress dalam beraktivitas. "Bahagian dagu menunjukkan kelelahan andrenal," kata Yand. "Telalu stress dapat menyebabkan kelenjar adrenal yang terletak di atas buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon dengan baik." 

Dahi tengah
Bahagian ini berhubung dengan beberapa organ seperti jantung, usus halus dan pundi kencing. Jika bahagian ini menjadi merah dan bersisik, boleh jadi saluran pencernaan anda bermasalah, dan perlu pelincir. Untuk membantu agar pencernaan anda tetap baik, maka kurangi makan makanan yang berminyak, daging yang diproses dan produk susu untuk sementara waktu.

Bahagian di antara alis mata
Bahagian ini pula berhubung dengan organ hati. Kesan pengambilan terlalu banyak bahan mengandungi alkohol dan racun lainnya dapat terlihat pada bahagian ini. Selain itu, bahagian ini juga dapat menunjukkan keadaan emosional seseorang, kerana menurut perubatan tradisional Cina, hati berkait rapat dengan kemarahan. Oleh sebab itu jika anda melihat tanda-tanda pada bahagian di antara alis mata anda, cubalah bermuhasabah dan kurangkan sikap pemarah anda.

Sumber: kompas.com

Jangan Campurkan Susu dan Teh


Selain air putih (air kosong), teh adalah minuman yang paling banyak diminum di seluruh dunia. Kandungan antioksidan, vitamin, dan komponen lain yang ada di dalam teh membuat teh dipercayai sebagai minuman untuk meningkatkan ketahanan tubuh dan mencegah kanser.

Beberapa kajian juga menunjukkan teh mampu mencegah gigi berlubang, mengawal kadar gula darah, dan menyihatkan jantung.

Di banyak tempat, teh seringkali dihidangkan bersama dengan susu (contoh: Teh Tarik). Meskipun hasilnya lebih sedap, tetapi kajian menyebutkan menambahkan susu ke dalam teh mengakibatkan terhapusnya kandungan berkhasiat yang ada di dalam teh.

Dalam kajian yang dipublikasikan di The European Heart Journal, para penyelidik telah menguji 16 orang dewasa sihat yang diminta minum secawan teh hitam, teh hitam dicampur dengan sedikit susu tanpa lemak, serta air yang dimasak. Kemudian fungsi vaskular para responden diukur.

Jika dibandingkan dengan air, teh hitam secara signifikan meningkatkan fungsi arteri. Tetapi penambahan sedikit susu bahkan menyebabkan khasiat teh itu tidak terlihat.

Para penyelidik kemudian mengulanginya pada tikus dan mendapati hasil yang sama. Menurut para pakar, protein dalam susu akan mengikat dan menghapuskan antioksidan dalam teh. Perbandingan susu itu sendiri bahkan berlawanan dengan manfaat yang ada pada teh bagi fungsi vaskular.

Kerugian tersebut bukan hanya disebabkan oleh susu lembu sahaja, tapi juga oleh susu kacang soya. Protein dalam susu kacang soya juga menghapuskan antioksidan teh. Kerana itu jika ingin mendapatkan manfaat kesihatan dari teh, sebaiknya teh dan susu tidak dicampurkan dan diminum secara berasingan.

Sumber: kompas.com

Tidur Sihat Cukup 5 Jam


Siapa kata kebiasaan tidur kurang dari tujuh atau lapan jam akan memperburuk tingkat kesihatan dan memperpendek usia seseorang? Kajian terbaru tentang hubungan lama masa tidur dan kematian menunjukkan, mereka yang biasa berehat selama lima jam setiap hari memiliki daya tahan hidup (survival) yang baik.

Kajian para pakar di University of California San Diego School of Medicine selama 14 tahun terhadap 450 orang responden wanita berusia antara 50 hingga 81 menunjukkan, mereka yang memiliki kebiasaan tidur selama lima hingga 6,5 jam memiliki usia yang cukup panjang.

Studi terbaru yang ditulis di dalam sebuah jurnal, Sleep Medicine ini berbeza dengan laporan kajian sebelumnya. Awal tahun ini, kajian berskala besar di Amerika menunjukkan bahawa tidur selama kurang dari tujuh jam berkait dengan risiko penyakit jantung. Bahkan kajian lain menyebutkan, mereka yang tidur kurang dari 6,5 jam lebih, mungkin akan meninggal sebelum mencapai usia 65 tahun.

"Yang mengejutkan adalah ketika tidur diukur secara objektif, survival terbaik di antara wanita diperoleh dari mereka yang tidur selama lima hingga 6,5 jam. Wanita yang tidur kurang dari 5 jam atau yang lebih dari 6,5 jam, sedikit kemungkinan dapat bertahan hidup selama 14 tahun pengkajian," kata Daniel Kripke, Profesor Psikiatri dari University of California San Diego School of Medicine.

Dalam kajiannya, Daniel dan kumpulannya melakukan pendekatan berbeza. Mereka tidak melakukan pengukuran tidur dengan cara monitoring akitiviti seperti kajian-kajian sebelumnya. Namun, mereka lebih mengutamakan wawancara bagi mengungkap kebiasaan tidur responden.

Prof Kripke berkata, “Hasil kajian ini semestinya dapat menghapus kebimbangan mereka yang merasa tidurnya tidak cukup, ini bermakna bahwa wanita yang tidur hanya 5 hingga 6,5 jam tak perlu bimbang kerana jumlah tidur sebegini terbukti konsisten dengan kelangsungan hidup yang sangat baik."

Sumber: Kompas.com

Berkumur Dengan Air Garam Meredakan Selesema


Cuaca yang lembab seperti di musim hujan merupakan masa dimana virus selesema kerap menyerang manusia. Banyak orang percaya dengan berkumur menggunakan air garam sangat berkesan untuk meredakan gejala-gejala selesema.

Menurut Dr. Philip T. Hagen, dari Mayo Clinic, ia mengatakan: "Berkumur menggunakan larutan garam akan membuang lelebihan cairan dari saluran yang dijangkiti selesema di kerongkongan dan pernafasan, sehingga rasa kurang nyaman akibat selesema dapat diredakan".

"Berkumur dengan garam juga akan menghilangkan lendir tebal dan menghilangkan alergen yang menyebabkan jangkitan bakteria dari kerongkongan," katanya.

Dalam sebuah hasil kajian secara rawak pada tahun 2005, para ahli mengkaji 400 orang sihat selama 60 hari di musim selesema . Sebagian dari mereka diminta untuk berkumur tiga kali sehari. Di akhir kajian, kumpulan yang berkumur memiliki risiko lebih rendah untuk terkena infeksi saluran pernafasan bahagian atas, ia berkurang sebanyak 40 peratus berbanding kumpulan yang tidak berkumur.

Selain untuk mengurangi risiko infeksi, berkumur dengan garam juga terbukti mampu membuat gejala batuk lebih ringan. Pengkaji yang lainnya menyebutkan, berkumur juga membantu mencegah hidung tersumbat.

Adapun untuk hasil terbaik amalan berkumur ini, larutkan setengah sudu kecil garam ke dalam secawan air hangat, lalu gunakan ia untuk berkumur dalam kiraan beberapa saat. Anda juga boleh mencampurkan air hangat itu dengan air perisa lemon dan madu.

Sumber: Kompas.com

Senyum dan Panjang Umur

Rahsia panjang umur ternyata boleh jadi sederhana sepertimana terukirnya sebuah senyuman. Semakin lebar senyum itu maka semakin dalam lipatan di sekitar mata anda ketika tersenyum, dan semakin besar pulalah kemungkinan Anda untuk hidup lebih lama.

Kaitan antara senyum dan umur panjang ini diungkapkan oleh pengkaji dalam riset yang dimuat di jurnal Psychological Science. Penemuan terbaru ini menambah bukti lain bahwa hidup dengan kebahagiaan dan kegembiraan dapat memberi pengaruh yang kuat bagi kualitas kesihatan dan harapan hidup.

Pengkaji percaya, lebarnya senyuman dan dalamnya kerutan di sekitar mata adalah cermin positif dari hidup seseorang yang dapat diterjemahkan dalam kesihatan jangka panjang yang lebih baik.

Kesimpulan ini merupakan hasil pemerhatian terhadap foto-foto berusia tua. Para ahli dari Wayne State University, Michigan, meneliti 230 gambar pemain liga baseball yang dicetak dengan data terdaftar tahun 1952. Daftar ini memuat semua profil dan statistik pemain, seperti tanggal lahir, berat, status perkahwinan, dan kerjaya.

Para pakar kemudian menyusun peringkat pemain berdasarkan bentuk senyuman. Ada kelompok pemain yang tak tersenyum sama sekali, tersenyum parsial (sebagian otot di sekitar mulut saja yang aktif), serta tersenyum lebar (ditandai tawa lepas dengan gigi yang tampak, pipi yang naik, dan lipatan di sekitar mata).

Foto-foto ini lalu dibandingkan dengan usia dan harapan hidup setiap pemain. Hasil analisis menunjukkan, 184 pemain tercatat sudah meninggal, iaitu mereka yang masuk kategori "tanpa senyum" hidup dengan usia rata-rata 72,9 tahun.

Di antara kelompok "senyum parsial', harapan hidupnya rata-rata mencapai 75 tahun. Adapun mereka yang senyumnya paling lebar memiliki usia rata-rata 79,9 tahun atau tujuh tahun lebih panjang dari rakan-rakannya yang "jarang senyum".

Kajian juga menemukan bahwa "senyuman palsu" tidak akan memberikan manfaat yang sama karena penambahan angka harapan hidup hanya terlihat pada pemain yang memiliki senyuman asli yang dikenal sebagai Duchenne smiles.

Senyuman Duchenne mengaktifkan sekelompok otot di sekitar mulut dan mata. Istilah ini dimunculkan oleh seorang ahli saraf pada abad ke-19. Senyuman ini berbeza dengan senyum palsu yang hanya melibatkan otot di sekitar mulut sahaja. Jadi mulai saat ini, tersenyumlah dengan bebas dan ikhlas agar anda tetap sehat dan panjang umur!

Sumber: Kompas.com

Petua Mudah Menghilangkan Bau Badan


Bau badan kerap membuat seseorang menjadi tidak percaya diri. Aroma kurang sedap yang muncul menyebabkan ketidaknyamanan baik bagi orang bersangkutan mahupun orang yang sekitarnya.

Dalam istilah perubatan, bau badan disebut sebagai dibromhidrosis (juga disebut bromidrosis, osmidrosis, dan ozochrotia) adalah bau bakteria pada tubuh. Bakteri tersebut bertambah jumlahnya dengan cepat disebabkan peluh, tetapi peluh sendiri sebenarnya tidak berbau. Bau badan sering berhubungan dengan rambut, kaki, anus, kulit, ketiak, alat kelamin, dan mulut.

Masalah bau badan sebenarnya dapat dicegah dengan membiasakan hidup secara bersih dan sehat. Inilah beberapa petua yang dapat dilakukan untuk mengatasi masalah bau badan:

1. Selalu memakai baju dari bahan katun yang tidak ketat untuk membantu agar peluh menguap dan kering lebih cepat.

2. Kasut dan stokin juga menyebabkan peluh sehingga mengeluarkan bau. Pakailah stokin dari bahan cotton dan sebaiknya memakai kasut yang terbuka bagi menjamin kaki tetap kering.

3. Boleh juga memakai bedak khusus untuk kaki sehingga membuat kaki sejuk dan bebas dari infeksi.

4. Untuk menghilangkan bau, rendam kaki dalam air hangat dicampur cuka putih atau garam.

5. Solat membuatkan tubuh dan fikiran terkawal dengan baik. Ini akan menyebabkan sekresi hormon menjadi lebih terkawal. Bila Anda merasa semakin rileks dan tenang, semakin berkuranglah stres yang menyebabkan bau badan.

6. Minum banyak air. Cara ini akan membuat bagian dalam tubuh sejuk dan memperlambat metabolisme tubuh sehingga menurunkan jumlah pengeluaran peluh.

7. Minum air kelapa muda untuk menyejukkan tubuh. Makan buah lemon, limau, dan tembikai. Hindari makanan yang terdapat bawang merah dan putih.

8. Mandilah dengan sabun antibakteria. Tambahkan beberapa titis minyak lavender atau sandalwood untuk membuat tubuh wangi lebih lama berbanding deodoran.

9. Kelenjar peluh umumnya ditemukan di bawah folikel rambut. Rambut ini memerangkap peluh, akibatnya bakteria berkembang biak, sehingga timbul bau badan. Oleh kerana itu rambut di ketiak sebaiknya dicukur untuk menghindari bau badan.

Sumber: Kompas