Memaparkan catatan dengan label Kanser. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kanser. Papar semua catatan

Rohana positif lawan kanser ovari


Tiada kata yang mampu diucapkan mana-mana wanita apabila disahkan menghidap penyakit kanser melainkan gambaran kematian yang terlintas di fikiran.

Pemikiran mereka seolah-olah sudah ditanam dengan kepercayaan bahawa sesiapa sahaja yang menghidap kanser tidak mempunyai usia yang panjang.

"Persepsi itu sebenarnya salah kerana Allah sudah menjanjikan yang terbaik buat kita sekiranya kita berusaha."

Itulah bicara awal Rohana Rabu @ Mahat, 36, ketika berkongsi pengalamannya menghidap kanser ovari.

Pada awalnya, Rohana sendiri berat hati dan malu untuk bercerita.

Namun, katanya, dia berharap kisah ini dapat memberi semangat kepada pesakit lain melawan kanser.

"Dengan izin Allah, keadaan kesihatan saya semakin baik. Mula-mula dulu saya seperti wanita lain, sedih, malu dan hampir berputus asa. Namun, saya yakin dengan ketentuan Tuhan, setiap penyakit pasti ada ubatnya. Saya berusaha berjumpa pakar dan mencari rawatan alternatif," ujarnya yang bertugas sebagai guru.

Empat tahun lalu, Rohana disahkan menghidap kanser ovari peringkat ketiga.

Seperti tidak percaya dengan berita itu, Rohana cuba bangkit dan mencari semangat baru dalam hidupnya.

Ujian
Selepas menjalani ujian pemeriksaan kesihatan, Rohana perlu melakukan pembedahan segera.

Rohana bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan seperti pesakit kanser lain, dia kemudian menjalani rawatan kemoterapi.

"Tuhan sahaja tahu sakitnya ketika itu. Namun saya positifkan diri untuk melawan sakit. Saya berpantang dari segi penjagaan makanan dan hanya bergantung pada ubat selama empat tahun. Kemudian suatu hari, saya mencuba suplemen herba setelah disarankan oleh seorang kawan. Dengan izin Allah, kesihatan saya semakin baik terutamanya aspek kecergasan fizikal. Walaupun begitu, saya tetap berpantang makan kerana takut rahim menjadi bengkak semula," ujarnya ketika ditemui di An Nabaat Sdn. Bhd, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

Tambah Rohana, dia dimaklumkan faktor pemakanan dan genetik menjadi punca terbesar kanser ovari.

Justeru, Rohana lebih berhati-hati soal pemakanan. Nasihatnya, walau sibuk dengan kerjaya, setiap orang perlu elakkan makanan segera dan banyakkan makanan organik atau sihat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

"Kehidupan hari ini berbeza dengan dulu kerana semua perlu dilakukan segera. Masa pun berjalan dengan pantas. Oleh itu, kita perlu bijak mengurus masa dan jadual diri supaya kita juga mempunyai masa berehat yang sempurna.

Selain itu, kita perlu kembali kepada amalan semula jadi sebagai umat Islam. Untuk menjadi positif, banyakkan amal ibadat seperti solat sunat dan membaca al-Quran. Itu semua akan menjadi penawar terbaik kepada setiap pesakit," katanya mengakhiri bicara.

Sumber: utusan.com.my

Artikel ini telah disiarkan di Akhbar Mingguan Malaysia, pada Ahad 2/9/2012

Testimoni Penghidap Kanser Darah Putih


Seorang rakan yang sedang menghidap kanser payudara peringkat empat memberitahu saya tentang produk herba ini apabila beliau semakin sembuh setelah menggunakan herba ini selama 3 bulan. Sewaktu menggunakan herba ni, saya telah selesai mendapat rawatan kemoterapi serta telah diberikan suntikan ubat untuk mengenyahkan kanser iaitu velcade dan dexa. Saya juga telah menjalani pemindahan stem cells (stem cells transplant) pada bulan Ogos 2009.
Mahani Che Ibrahim (Pesara, 56 tahun)
Penyakit: Multiple Myeloma, (Kanser darah putih/plasma)
Mula guna herba An-Nabaat: Jun 2010
Jenis herba: Kanser 1, 2, 3 dan 4, serta Minyak Kelapa Dara.
Namun begitu paraprotein masih dapat dikesan dalam pemeriksaan air kencing hampir 4%, jumlahnya tidak banyak. Tetapi Keadaan saya masih lemah dan masih berasa pitam apabila bergerak dengan cepat, seperti apabila bingkas bangun. Di samping itu saya juga mengambil vitamin seperti B complexs, iron, dsb. Pemikiran juga juga tidak begitu cergas, sementara masih terasa kesan-kesan sampingan ubat rawatan kemo dan velcade, seperti rasa kebas di kaki dan tangan. Hemoglobin atau HB (molekul protin di dalam sel darah merah) pula statik pada paras 10 sahaja.

Setelah menggunakan produk herba An-Nabaat ini, saya berasa bertenaga, boleh bergerak pantas tanpa ada rasa nak pitam, rasa kebas berkurangan, boleh puasa, boleh mengaji, membaca, fokus pemikiran dan boleh mengedit. Dan yang paling penting ialah HB saya telah naik ke paras 11.8. begitu juga hasil dari pemeriksaan bone marrow pada bulan Ogos 2010 yang lalu, kehadiran kanser hanya 0.03 sahaja. Alhamdulillah..

Mahani Che Ibrahim (Kota Bharu)

Testimoni Penghidap Kanser Payudara


Hanya Allah SWT yang mengetahui, 40 hari selepas kembali menunaikan Haji pada tahun 2009, bengkak di bahagian kanan payudara saya pecah! Pada awalnya saya tidak menyedari ia adalah kanser payudara yang sangat ditakuti oleh kaum wanita.

Pendarahan keluar bercucuran, sakit dan denyut-denyutan terasa seperti dihiris-hiris. Kejadian berlaku 23 Januari 2010. Waktu itu saya tidak terfikir apa-apa untuk rawatan ke hospital. Apa yang saya fikir hanya menyebut: "Ya Allah, kau tahu aku sakit, tolonglah aku.'' Jika ke hospital pastinya patologi akan memberi pilihan pertama agar menjalani pembedahan segera. Walaupun saya dalam kesakitan, saya tidak mahu dibedah atau dipotong.
Dalam ayat Al-Israa : 82, Allah SWT berfirman: ''Dan kami turunkan daripada Al-Quran bahan yang menjadi penyembuh dan rahmat kepada orang-orang beriman.

Seterusnya Allah SWT  berfirman: ''Hendaklah kamu mencari pertolongan dengan cara bersabar (serta tabah hati) dan bersembahyang.'' (Al-Baqarah : 45).
Dalam kesakitan, saya sentiasa solat, berdoa, berdoa dan berdoa, hanya bertahan dengan memakan ubat painkiller dan antibiotic sahaja.

Tidak lama pada 28 Mac 2010, melalui kenalan saya membuat temujanji dengan Dr. Nurmawati pakar herba produk An-Anbaat yang telah menemui ramuan penawar penyakit kanser di rumahnya di Bandar Baru Bangi. Pada Masa itu hanya Dr. Nurmawati sahaja yang tahu keadaan ketenatan penyakit saya. Sejak itu, saya telah mengambil ubat-ubat herba produk An-Nabaat dan kini sudah hampir lima bulan. Tahap bengkak payudara saya semakin mengecil. Saya makan secara berterusan Herba Rawat Kanser 1, 2, 3 dan 4. Selain itu, saya juga ambil herba tambahan iaitu Herba Rawat Arthritis dan Herba Rawat Alahan.

Saya yakin bahawa dengan izin Allah SWT bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Dan Allah SWT telah menunjukkan kepada saya Herba Rawat Kanser produk An-Nabaat ini.

- Mak Cik K. (Kuala Lumpur)

Produk Herba Rawat Kanser Bakal Dikomersialkan

DURIAN TUNGGAL, 17 Feb (Melaka Hari Ini) Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCOST) dengan kerjasama seorang pakar farmasi dari Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Sains Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menemui sejenis penawar berasaskan herba untuk rawatan kanser.

Ketua Eksekutif, MiCOST, Prof. Dato' Dr, Mohd Razali Agus berkata, Herba Rawat Kanser yang dihasilkan oleh Dr. Nurmawati Syakroni dari UPM bakal dikomersialkan melalui penubuhan Pusat Penyelidikan Farmaseutikal Tanaman Herba MiCOST, sedikit masa lagi. Katanya, Herba Rawat Kanser tersebut dilihat berkesan bagi menyembuhkan penyakit kanser tahap 1, 2, 3 dan 4.

"Beberapa pesakit yang mengambil Herba Rawat Kanser mula memperlihatkan tanda-tanda positif untuk sembuh dan ini telah menyakinkan kami untuk mengketengahkan herba berkenaan untuk pasaran komersial," ujarnya ketika ditemui selepas melawat Mohd Fariz Mohd Zin, 16 yang menghidap ketumbuhan dipercayai kanser di Kampung Pantai Belimbing, di sini petang tadi.

Mohd Razali memberitahu, beliau telah memberikan Herba Penawar Kanser dan Minyak Kelapa Dara kepada Mohd Fariz sejak sebulan lalu. "Alhamdulillah, ketumbuhan yang dideritai mulai susut, berbanding keadaannya sebelum ini," jelas beliau. Katanya, MiCOST bersama Dr. Nurmawati yang juga pakar rujuk dan perunding kehormat MiCOST akan membuat pemantauan lanjut tentang penyakit yang dideritai Mohd Rizal.

Sementara itu, Mohd Rizal ketika ditemui berkata, terdapat beberapa perubahan yang dirasai setelah mengambil Herba Rawatan Kanser itu. "Saya rasa ada perubahan sedikit. Bengkak di bahagian pipi juga mulai susut dan tak rasa berat sangat seperti sebelum ini. Atas nasihat Dr. Razali dan Dr. Nurmawati, InsyaAllah saya akan terus mengambil herba berkenaan," ujarnya yang juga pelajar SMK Seri Pengkalan.

Sumber: Melaka Hari Ini