Umum mengetahui, demam kepialu atau tifoid yang dilaporkan menular di
beberapa kawasan di ibu negara bukanlah isu kesihatan yang baharu, namun
generasi hari ini kurang mengetahui tentang wabak ini yang boleh
mengancam kualiti hidup manusia.
Pelbagai pihak dipersalahkan
termasuklah restoran yang menggunakan khidmat pekerja asing tanpa izin
(PATI) di bahagian dapur yang tidak melalui pemeriksaan kesihatan dan
mendapatkan suntikan vaksin untuk mencegah penularan wabak tifoid.
Kami di Herba An-Nabaat mengesyorkan tiga jenis ramuan herba ini sebagai penawar penyakit ini:
1. HN57 - Herba rawat kuman/virus
2. HN32 - Herba rawat demam
3. Minyak kelapa dara (VCO)
Demam kepialu adalah disebabkan oleh
bakteria yang dinamakan Salmonella typhi (S.typhi) yang diambil daripada
nama seorang pakar bakteria Amerika Syarikat iaitu Daniel Elmer Salmon
pada 1900.
Demam yang sering berlaku di negara-negara
endemik seperti India dan Bangladesh dikaitkan dengan aspek kebersihan
di mana penularan penyakit ini adalah melalui makanan, minuman, dan air
yang digunakan untuk membersih makanan.
Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Teknologi Makmal Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara Puncak Alam, Dr. Maimunah Mustakim, demam kepialu dikaitkan dengan kebersihan diri dan makanan kerana S.typhi hanya mengkoloni atau menyerang tubuh badan manusia.
Seseorang yang diserang dengan penyakit ini akan membawa bakteria di dalam saluran pencernaan mereka.
“Kebiasaannya, bakteria yang memasuki usus
boleh mati melalui tindak balas daripada asid perut. Seseorang yang
makan makanan yang telah tercemar oleh bakteria S.typhi dalam jumlah
yang banyak, bakteria tersebut boleh melepasi tindak balas asid perut
dan terus menuju ke bahagian usus.
“Dengan bantuan faktor adhesin, bakteria akan melekat pada receptor di bahagian usus dan menyebabkan radang. S.typhi boleh menjadi berganda di dalam sel imun seperti makrofaj dan seterusnya merebak ke seluruh tubuh melalui darah,” katanya.
Menurut beliau, bakteria ini, boleh berada
di dalam tubuh manusia tanpa menunjukkan sebarang gejala penyakit dan
keadaan ini dinamakan sebagai pembawa (carrier), yang mana najis mereka
boleh mengandungi sehingga 10 bilion bakteria per gram najis.
Pembawa biasanya tidak menunjukkan gejala
demam kepialu kerana keupayaan tubuhnya menentang jangkitan bakteria
itu, namun mereka akan terus membawa bakteria ini di dalam badan dan
dikeluarkan melalui najis.
Jika pembawa tidak mengamalkan tahap
kebersihan yang tinggi ketika mengendalikan makanan, dikhuatiri akan
menjangkiti mereka yang memakan makanan dan minuman yang dikendali.
Dalam erti kata lain, pengendali makanan
tidak mengamalkan kaedah pembersihan tangan yang betul selepas ke tandas
dan terus menyentuh makanan dalam keadaan yang kotor.
Jururawat
mengambil sampel darah seorang pekerja sebuah restoran sebagai
langkah awal mengekang wabak demam kepialu. |
Katanya, kaedah penyediaan makanan untuk
dimasak juga sangat penting seperti membasuh bahan makanan mentah dengan
betul bagi mengelakkan pencemaran bakteria melalui makanan.
Kaedah penyimpanan yang betul sama ada yang mentah mahupun yang sudah dimasak juga perlu diberi perhatian.
“Gejala penyakit boleh dikesan dalam
jangka masa dari enam ke 72 jam selepas dijangkiti bakteria, disusuli
dengan demam yang berpanjangan, muntah, sembelit, cirit-birit dan sakit
pada bahagian abdomen dalam tempoh satu hingga tiga minggu,” katanya.
Elak makan di tempat kotor
Presiden Persatuan Penyakit Berjangkit dan
Kemoterapi Malaysia, Prof. Dr. Zamberi Sekawi berkata, demam kepialu
merupakan wabak yang boleh dirawat kerana negara kita mempunyai vaksin
bagi menangani penyakit ini, namun semua pihak haruslah berwaspada
terutamanya dalam aspek kebersihan.
Ujarnya, mereka yang disahkan menghidap
demam kepialu akan diberikan antibiotik dan kematian jarang berlaku jika
pesakit mendapatkan rawatan awal.
Namun, jika mereka hanya membiarkan keadaan
itu, pesakit berisiko untuk menghidap pelbagai komplikasi yang
melibatkan organ-organ badan yang lain yang boleh membawa maut.
“Amat penting bagi setiap orang memastikan
bahawa orang yang mengendalikan makanan bukanlah dalam kalangan pembawa
kerana ada pengendali makanan tidak meletakkan aspek kebersihan pada
tahap tertinggi menyebabkan mereka mengambil sikap sambil lewa tentang
cara-cara penyediaan makanan.
“Walaupun pengendali makanan di negara kita
diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid sebelum beroperasi,
kesedarannya masih lagi di tahap yang rendah. Lambakan warung-warung di
tepi jalan yang beroperasi tanpa lesen turut mengundang kepada masalah
ini,” katanya.
Saranan beliau agar orang ramai juga perlu
menimbangkan untuk mendapatkan suntikan vaksin bagi mengelakkan
jangkitan demam kepialu jika menetap di kawasan yang berisiko atau
berhasrat untuk ke negara yang biasa diserang wabak kepialu.
Selain, tingkatkan tahap berjaga-jaga dalam
aspek kebersihan terutamanya ketika makan di luar. Orang ramai perlu
mengelakkan diri daripada makan dan minum di tempat yang kotor dan
menitikberatkan kebersihan makanan yang diambil.
“Bahayanya
tidak akan berakhir kerana jangkitan demam kepialu boleh berlaku kepada
sesiapa dan di mana sahaja. Dengan mengambil langkah-langkah
pencegahan, anda mampu untuk mengelakkannya dan mengurangkan penyebaran
kepada orang lain,” katanya.
Sumber: utusan.com.my