Memaparkan catatan dengan label Ramuan An-Nabaat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramuan An-Nabaat. Papar semua catatan

Tersedia Minuman Kesihatan Pencuci Buah Pinggang


TERSEDIA MINUMAN KESIHATAN PENCUCI BUAH PINGGANG
Bahan Utama: Bawang hutan (bawang dayak, bawang sabrang) + Daun Seledri

Insyaallah sangat berkhasiat:
  • Merawat dan mencuci buah pinggang dari segala toksin.
  • Mengecutkan bengkak-bengkak pada kaki akibat gangugan pada buah pinggang
  • Sangat-sangat berkhasiat terutama untuk mereka yang dari dahulu telah lama mengambil ubatan sintetik yang bukan semulajadi.
Hubungi :

Dr. Nurmawati Syakroni (+6019-3917945)
Email : an-nabaat@hotmail.com

Di Riau, Indonesia:
As'ad Tambusai
(+6281372175729)

Penawar Demam Kepialu (Typhoid Fever)


Dengan meningkatnya kes Demam Kepialu (Typhoid Fever) akhir-akhir ini, kami mensyorkan tiga jenis ramuan herba ini yang insyaAllah dapat menjadi penawar :

1. HN57 - Herba Rawat Kuman/Virus
2. HN32 - Herba Rawat Demam
3. Minyak Kelapa Dara (VCO)


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

Dr. Nurmawati Syakroni Apt. Ph.D (+6019-3917945)

Email : an-nabaat@hotmail.com

Di Indonesia:
As'ad Tambusai (+6281372175729)

Link : Kenyataan akbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Hubungi Kami

"Adakah anda mempunyai masalah kesihatan? seperti kanser, stroke, kencing manis, darah tinggi, gout atau penyakit lainnya? dan telah puas pula berubat ke Hospital/Doktor?"

"Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, ramai yang telah berjaya sembuh. Bagaimana pula dengan anda?"

Untuk sebarang pertanyaan atau konsultasi kesihatan,

Sila hubungi pakar kami:

Dr. Nurmawati bt. Syakroni Apt. Ph.D
Pharmacist (UGM, Yogyakarta)
Microbiologist (UKM)
Moleculer Biologist (UPM)
+6019-3917945

KHAIRUNNISA’
(call/whatsapp) +6019-2764313

USTAZ HABIBURRAHIM
(call/whatsapp) +6018-3697281

AISYAH
(call/whatsapp) +6018-2666054

E-mail: an-nabaat@hotmail.com

Atau buat temujanji
dan datang ke alamat kami:

RUMAH SIHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI APT. PH.D)
Lot 2445-F, Jenderam Hilir
Bt 26 Bt 30 Jln Kajang Dengkil
43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

Lihat Google Map:
https://goo.gl/maps/5yTJCbtCZYM2

DI INDONESIA:

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI APT. PH.D)
Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau

Lihat Google Map:
https://goo.gl/maps/vfLQRJZMQ4S2

AS'AD TAMBUSAI
+6281372175729 (call/sms/whatsapp)

annabaatriau@hotmail.com
www.fb.com/annabaatriau
www.instagram.com/annabaatriau
www.annabaatriau.blogspot.com

Herba Penawar Penyakit


Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan, anda boleh terus merujuk masalah kesihatan kepada Dr. Nurmawati di talian: +6019-3917945

Ahad, 13 November 2011 (Mingguan Malaysia) Pengasas Herba An-Naabat, Dr. Nurmawati Syakroni menyifatkan setiap herba memiliki keistimewaan tersendiri.

"Di peringkat Sarjana Muda saya belajar dalam bidang farmasi di Universitas Gadjah Mada, Yogyakarta (UGM) dan banyak mempelajari jenis-jenis ubat sintetik dan fungsinya.

"Ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan peringkat Doktor Falsafah di Universiti Putra Malaysia (UPM), saya telah merubah haluan dengan membuat kajian dalam bidang herba sebagai ubat-ubatan alternatif.

"Kebetulan, saya sekeluarga juga jarang mengambil ubat sintetik dari klinik, tetapi menggunakan dan menghasilkan sendiri ubat daripada herba.

"Tahun demi tahun, saya telah menghasilkan pelbagai ramuan herba untuk merawat pelbagai penyakit. Semuanya terjadi secara tidak langsung apabila rakan-rakan di kampus berkongsi masalah kesihatan yang mereka hadapi.

"Dari situ, saya mendapat idea untuk menghasilkan herba bagi merawat penyakit yang saya ramu dengan teliti berdasarkan pengalaman dan ilmu yang telah saya dapatkan selama ini," ujarnya yang kini bertugas sebagai penyelidik di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM Serdang.

Mengulas lanjut tentang pengalamannya bersama testimoni herba ramuannya, Dr. Nurmawati pernah membantu seorang kakitangan makmal di UPM. Pada awalnya, beliau melihat wanita itu seperti letih dan tidak bermaya.

"Apabila saya bertanya pada wanita tersebut, ternyata dia menghidapi penyakit tekanan darah tinggi dan kolestrol tinggi. Kemudian saya cuba membantu untuk menghasilkan ramuan herba bagi merawat penyakit-penyakit tersebut. Dalam proses menyediakan setiap ramuan selalu saya sertai dengan solat hajat agar diberi manfaat tanpa ada mudarat.

Selepas tiga minggu wanita itu menggunakan ramuan yang saya sediakan, doktor menyatakan bahawa wanita tersebut bebas kolestrol dan tekanan darah tinggi.

Bermula daripada ramuan Herba Turun Kolestrol itulah, makin ramai yang mula mengenali saya dan berkongsi masalah kesihatan mereka. Kini saya sudah menghasilkan 77 ramuan herba dengan jenama An-Nabaat," jelasnya ketika ditemui di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

Meskipun pengenalan Herba An-Nabaat hanya 'mulut ke mulut' dan sesekali menyertai ekspo di beberapa tempat, namun sambutannya sangat menggalakkan termasuk dari Syarikat Sakmoto, Jepun.

Menurut wakil Sakmoto di Malaysia, Mohd Dali Abdullah, selepas tsunami melanda Jepun dan alam sekitar mereka tercemar dengan radiasi radio aktif, permintaan terhadap ubat-ubatan herba dari luar Jepun terutama Malaysia semakin meningkat.

"Selepas mencuba beberapa produk Herba An-Naabat dan melakukan perbincangan, pihak Sakmoto di Jepun berminat mengadakan usaha sama bagi memasarkan herba tersebut di sana. Pada tahun hadapan, pihak syarikat kami akan membawa Dr. Nurmawati ke Jepun untuk meneruskan penyelidikan dan mengkomersialkan Herba An-Naabat di Jepun. Tahun ini, Sakmoto telah menempah minyak kelapa dara dan minyak herba," ujar Mohd Dali.

Ujarnya lagi, pihak Sakmoto telah berbincang dengan Profesor Dr. Rozita Rosli bagi pihak Institut Bio Sains (IBS), UPM, untuk menjadikan IBS sebagai Pusat Penyelidikan Herba di Asia. Hasil penyelidikan tersebut akan turut dikomersial ke Jepun dan Korea Selatan.

Kesemua ramuan herba tersebut diperolehi daripada bahan-bahan alam semula jadi seperti akar-akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di Malaysia.

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Sumber: utusan.com.my

Sihat Dengan Herba An-Nabaat


Matlamat kami ialah untuk dapat menyediakan rawatan alternatif dengan menggunakan bahan 100% bahan herbal semulajadi, yang selamat dan halal serta berkesan untuk kegunaan masyarakat.

Dr. Nurmawati Syakroni Apt. Ph.D telah menghasilkan 81 ramuan herbal, yang diramu dari 125 jenis tanaman herba semulajadi. Setiap ramuan dengan khasiatnya yang tersendiri secara tradisional.

Khasiat ramuan-ramuan tersebut antaranya sebagai pengobatan alternatif secara tradisionalnya dapat membantu merawat penyakit-penyakit seperti berikut:

Kolesterol, Darah Tinggi, Kencing Manis, Stroke, Jantung, Hepatitis B, Leukemia, Kanser, Cyst, Polyp, Batu Karang, Batu Hempedu, Gastrik dan Penyakit Lambung, Buasir, Hernia, Gout, Prostat, Tenaga lelaki, Impotensi, Belum mendapat Zuriat, Melancarkan Haid, Selepas Bersalin, Tambah Air Susu, Merapatkan kewanitaan, Keputihan, Menopause, Migrain, Resdung, Asthma, Batuk, Selesema, Demam, Penyakit Tangan, kaki & Mulut, Angin di dalam badan, Insomnia, Stress, Kecerdasan, Ketagihan Rokok & Dadah, Penyakit-penyakit Mata, Hiv & Aids, Psoriasis, Ekzima, Vitiligo, Tiroid, Filariasis, Athritis, Epilepsi, Thalasemia, Menyuburkan Rambut, Cirit-birit, Tambah Selera makan dan lainnya.

Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan yang terpencil, yang mungkin tidak tercantum di sini, anda boleh konsultasikan masalah kesihatan anda itu kepada pakar kami bagi mendapatkan satu ramuan baru dan khusus untuk penyakit tersebut:

Dr. Nurmawati Syakroni Apt, Ph.D
(+60193917945)

Atau anda juga boleh membuat temujanji..
dan datang ke alamat kami:

RUMAH SIHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI APT. PH.D)
Lot 2445-F, Jenderam Hilir
Bt 26 Bt 30 Jln Kajang Dengkil
43800 Dengkil, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Lihat google map:
https://goo.gl/maps/5yTJCbtCZYM2

Di Riau, Indonesia:

AS'AD TAMBUSAI
0813-72175729 (call/sms/whatsapp)
E-mail: annabaatriau@hotmail.com

RUMAH SEHAT AN-NABAAT
(DR. NURMAWATI SYAKRONI Apt. Ph.D)
Jln. Garuda Sakti Km. 7.5
Masuk Jln. Kijang Putih. Gg. Herbal
Desa Karya Indah. Kec Tapung
Kab. Kampar. 28464 Riau

Lihat google map:

Herba An-Nabaat Kini di Pekanbaru, Riau, Indonesia



Alhamdulillah untuk kedua kalinya pada 16,17 dan 18hb Disember 2010 yang lepas, Herba An-Nabaat telah berada di Pekanbaru, Riau, Indonesia, iaitu tepatnya di Universitas Islam Riau, bertujuan bagi memperkenalkan produk Herba An-Nabaat pada masyarakat di sana. Alhamdulillah kami mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, disamping itu kami amat berterima kasih kerana kunjungan kami ini juga mendapat liputan dari stesyen televisyen tempatan. Mudah-mudahan kunjungan kami ke Pekanbaru ini dapat menjadi permulaan yang baik bagi kami memperkenalkan Herba An-Nabaat di Indonesia.

DI INDONESIA
Hubungi:

MUHAMMAD AS'AD
081372175729 (call/sms/whatsapp)
PIN BBM: 7BAC5A3C
E-mail: annabaatriau@hotmail.com

RAWATAN HERBAL AN-NABAAT
Jalan Ampi, No. 13
Simpang Tiga, Bukit Raya
Pekanbaru, Riau
INDONESIA 28284

GPS Coordinate:
0.442134, 101.451532


Minyak Kelapa Dara (VCO)


Minyak kelapa dara atau minyak kelapa murni adalah makanan yang selamat dimakan dan telah disenaraikan dalam Generaly Regarded as Safe (GRAS), di bawah pentadbiran makanan dan dadah Amerika (USFDA) yang merupakan sebuah badan yang mengawalselia keselamatan makanan dan ubat di Amerika Syarikat dan negara barat. Minyak kelapa murni telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal, ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.

Minyak kelapa dara akan cair pada paras 25 darjah celcius ke atas, begitu juga pada suhu bilik iaitu dalam 28 darjah celcius ke atas. Manakala suhu badan normal manusia adalah 38 darjah celcius, maka pada suhu ini minyak kelapa dara tentunya berada dalam keadaan cair (tidak beku) dan insyaallah ianya tidak akan menyumbat saluran darah seperti yang dituduhkan selama ini.


Di dalam tubuh, asid laurik akan diubah menjadi sebatian monolaurin, sementara asid kaprik pula diubah menjadi monokaprin, keduanya bersifat anti virus, anti bakteria dan anti protozoa, dan kini dikembangkan pula untuk melawan virus HIV/aids, yang mana kebanyakan virus dan bakteria ini dilindungi oleh satu lapisan lemak luaran yang mengekalkan kewujudan DNA mereka. Minyak kelapa dara mampu memusnahkan lapisan lemak luaran tersebut untuk membunuh DNA virus dan bakteria.

Minyak kelapa dara juga boleh diambil oleh ibu mengandung bila-bila masa, terutamanya bila hampir masa kelahiran kerana ia mampu meninggikan metabolisma ibu, juga membuat kulit anak dan ibu menjadi cantik, memudahkan proses bersalin dan mengurangkan jangkitan kuman. Hal ini kerana ianya mengandungi medium chain triglyseride (mct) yang hampir sama dengan lemak yag terdapat dalam air susu ibu, sehingga sesuai untuk dimakan kanak-kanak atau bayi yang sudah putus susu ibu, ‘mct’ ini mudah dimetabolisme dan tidak meningkatkan kadar kolesterol dalam darah.


Herba An-Nabaat menghasilkan minyak kelapa dara ini secara hygenis, diproses dari kelapa matang bermutu tinggi tanpa menggunakan haba atau kimia, bahan pengawet mahupun bahan perasa. Ianya termurah di pasaran dengan harga terjangkau.

Cara menggunakan:
Diminum dua kali sehari. Untuk memastikan keberkesanan pada tahap maksimum, seeloknya diambil satu jam sebelum makan, perbanyakkan minum air mineral (7 hingga 11 gelas sehari sepertimana yang telah disyorkan oleh pakar perubatan) dan amalkan meminum minyak kelapa dara ini secara berterusan.
  • Dewasa: 1 sudu besar, 2 kali sehari
  • Kanak-kanak 5-12 tahun: 1 sudu kecil, 2 kali sehari
  • Kanak-kanak 1-5 tahun: ½ sudu kecil, 2 kali sehari
  • Kanak-kanak 5 bulan-1 tahun: Titiskan 4-6 titis ke dalam susu
Kandunganya:
  • Asid laurik 50%
  • Asid miristik 18%
  • Asid palmitik 10.5%
  • Asid kaprilik 6.1%
  • Asid kaprik 5.9%
  • Asid oleik 7.5%
Khasiat minyak kelapa dara:
  • Meningkatkan dan memperbaiki sistem pertahanan badan, kadar metabolisma badan, fungsi kelenjar tairoid, penghadaman dan penyerapan khasiat makanan, pertumbuhan sel kulit, rambut dan tubuh manusia.
  • Membekalkan sumber tenaga dengan cepat.
  • Sebagai anti oksidan, virus, bateria, kulat dan parasit.
  • Melembab dan melembutkan kulit, mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit, serta melindungi kulit dari kesan sinar ultra violet cahaya matahari.
  • Membakar dan mengurangkan kolesterol, menurunkan berat badan.
  • Mengurangkan kesan keracunan makanan.
  • Tidak meningkatkan kepekatan platelet dalam darah.
  • Mengurangkan resiko dan kesan penyakit-penyakit kronik, seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis,stroke, asteoporosis, hepatitis a, b, c, sembelit, buasir, ulser perut dalam, selsema dan resdung, demam, denggi dan malaria, demam campak, cacar air, batuk biasa, lelah, pneumonia (radang paru-paru), pelbagai jenis kanser, leukemia, sakit pada gigi dan gusi, penyakit hempedu, herpes syphilis, gonorrhea, psoriasis dan pelbagai penyakit kulit, kelemumur, pembesaran prostat, jangkitan pada mata dan telinga.