Alhamdulillah, pada 29 hingga
31/3/2013 lepas, Darusysyifa’ Warrafahah Negara Brunei Darussalam telah
berkenan menjemput Dr. Nurmawati Syakroni dan memberikan beliau peluang untuk
berkongsi sedikit pengetahuannya di dalam sebuah program kursus: “HERBA
SERTA PENYEDIAANNYA”. Kursus ini dijalankan selama 3 hari.
Alhamdulillah telah
mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para peserta, sangat
bersemangat
dan minat terhadap perubatan herba. Program ini difahamkan adalah
program pengenalan (yang pertama) dan insyaallah, akan ada kursus
lanjutan selepas ini.
Kami juga sangat berharap, semoga
pada masa akan datang akan ada ramai lagi dari pertubuhan-pertubuhan kebajikan
masyarakat ataupun dari perseorangan yang juga berminat untuk mengadakan
program seperti ini. Matlamatnya bagi mengenalkan dan menyedarkan kembali
masyarakat kita tentang warisan perubatan tradisionalnya yang telah diwariskan
sejak sekian lama.
* Bersama kita memartabatkan warisan perubatan tradisional Melayu.
Kursus Herba (part I)
Kursus Herba (part II dan III)
Kursus Herba (part I)
Kursus Herba (part II dan III)