Alhamdulillah
puji dan syukur kehadirat Allah swt, pada Rabu lepas, 26 Ogos 2015, pihak Fakulti
Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putera Malaysia, telah berkenan
menjemput Dr. Nurmawati Syakroni bagi memberikan beliau peluang untuk berkongsi
sedikit pengetahuannya yang ada di bidang herba dan kesihatan, serta dapat pula
berkenalan dengan staf di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM.
Kata alu-aluan dari En. Mustaffa Dollah |
Bagi pihak Dr.Nurmawati Syakroni, kami mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada
En Mustaffa Dollah berserta seluruh staf beliau atas sambutan serta keakraban yang
diberikan. Semoga pertemuan kita bukan hanya setakat ini sahaja.
Kami juga
berharap akan ada lagi dari dari persatuan staf fakulti lain atau juga
pertubuhan-pertubuhan yang juga berminat untuk mengadakan program seperti ini.
* Bersama kita memartabatkan warisan perubatan tradisional
Melayu.