Testimoni Psoriasis: Balqis Pulih Sepenuhnya


Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamu'alaikum wr. wb.

Anak saya Balqis (18 tahun) mengalami penyakit kulit yang teruk sejak minggu-minggu terakhir beliau di  PLKN.  Ianya mungkin berpunca dari stress, pemakanan, persekitaran dan cuaca sepanjang  menjalani latihan di sana. 

Sebaik sahaja pulang dari PLKN pada 14 Feb 2015 kami membawanya ke beberapa buah klinik biasa tapi malangnya doktor sendiri tidak tahu jenis penyakit kulit tersebut sehinggalah kami membawanya ke sebuah klinik pakar kulit di Rawang.

Klinik pakar kulit tersebut kemudiannya mengesahkan yang Balqis mengidap penyakit psoriasis yang sudah kritikal serta sukar untuk diubati. Klinik tersebut menyarankan agar Balqis dirujuk ke Bahagian Dermatology Hospital Selayang. 

Di Hospital Selayang, doktor yang memeriksa Balqis  membekalkan ubat tahan gatal (mengantuk), syampoo dan berbagai krim dipercayai steroid untuk disapu di seluruh badan. Krim untuk kepala lain, krim untuk tangan lain, krim untuk badan krim lain dan begitulah seterusnya.

Setelah seminggu menggunakannya kami dapati ubat-ubatan tersebut tidak berkesan malahan jangkitan terus merebak ke seluruh badan dan kepala. Kulitnya kelihatan bersisik, di atas kepala pula berkeping-keping tebal. Keadaannya amat menyedihkan kami seisi keluarga. 

Oleh kerana bimbang akan kesan sampingan yang mungkin akan dihadapi oleh Balqis kesan dari steroid yang digunakan, kami mencari alternatif lain dengan melayari laman internet dan membaca pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh pesakit-pesakit yang senasib dengannya. Rata-rata menyatakan tidak ada ubat dan ini tambah merunsingkan kami. 

Akhirnya saya terjumpa satu artikel keratan akhbar (arkib : 05/08/2012) yang menceritakan pengalaman pesakit yang sudah 27 tahun menderita psoriasis dan kini telah pulih. Dari keratan akhbar itulah saya dapatkan nombor telefon dan menghubungi En. Dali untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut sehingga membawa kami mengenali Dr Nurmawati dan An-Nabaat.

Tanpa berlengah kami ke rumah/ kliniknya di Bangi.  Doktor bekalkan Balqis dengan 4 jenis ubat iaitu:

1.  Minyak kelapa dara (minum)
2.  Minyak herba (sapu)
3.  Kapsul herba rawat kuman/virus (makan)
4.  Kapsul herba rawat alahan (makan)

Kami minta Balqis berhenti menggunakan ubat-ubatan hospital dan mulai mengunakan produk keluaran An-Nabaat.  Pada peringkat awal perubatan, kami dapati kesan dari tindakbalas ubat antaranya:

1.  Kulit cepat kering dan mengelupas.
2.  Tidak tahan sejuk walaupun cuaca panas (kesan pengelupasan).
3.  Terbongkok-bongkok dan tidak boleh berdiri lama.
4.  Sakit di sendi-sendi tulang tangan dan kaki.
5.  Bengkak-bengkak di betis, lengan dan kaki.
6.  Kulit menjadi nipis dan tidak boleh disentuh terutama dilipatan lengan.
7.  Pijar di tapak tangan jika terpegang makanan pedas.
8.  Kulit menjadi kemerah-merahan
9.  ‘Bertukar kulit’

Dari masa ke semasa kami kerap merujuk kepada Doktor Nurmawati untuk mendapat pandangan dan nasihat. Kami diminta agar tidak gusar jika ada tindakbalas kerana ianya menunjukkan kesan yang baik dan banyak bergantung kepada Allah Taala.

Alhamdulillah, kami amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana setelah hampir 3 bulan penyakit Balqis kembali pulih sepenuhnya. Namun begitu kami masih mahu Balqis meneruskan ubat-ubatan An-Nabaat ini. Balqis sudah kembali ceria dan kini sedang menyambung pelajarannya diperingkat Matrikulasi.

Kami bersedia untuk berkongsi pengalaman ini dengan sesiapa saja yang mengalami masalah yang sama.  Akhirkata terima kasih dan syukur kepada Allah yang menemukan kami dengan Doktor Nurmawati, An-Nabaat dan En. Dali yang banyak membantu kami.
 
An-Nabaat, Selamat Maju Jaya.

ABDULLAH ABDUL JALIL
RAWANG