Amputasi bukan penyelesaian kaki diabetes


Seorang warga emas berusia 65 tahun telah dirujuk ke sebuah hospital kerajaan di Ampang, Selangor kerana tapak kakinya luka terkena kayu menyebabkan dua jarinya lebam.

Wanita berkenaan menghidap diabetes sejak enam tahun lalu dan mendapatkan rawatan di klinik swasta berhampiran tempat tinggalnya.

Tiba di bahagian kecemasan hospital berkenaan, wanita berkenaan di x-ray dan disaran untuk diamputasi jari kaki kedua dan ketiga serta-merta.

Dua hari selepas amputasi, dia dibenarkan keluar dari wad walaupun masih lemah dan muntah mungkin akibat tindak balas ubat.

Empat hari selepas itu, warga emas itu demam dan muntah mungkin akibat jangkitan kuman, dia dimasukkan semula ke wad.

Pembedahan kecil terpaksa dilakukan bagi membuang jangkitan pada luka berkenaan dan selepas itu doktor menyarankan dilkukan amputasi bawah lutut walaupun kakinya masih elok.

Tidak setuju dengan saranan doktor, wanita itu minta dikeluarkan dari wad hospital bagi merawat lukanya sendiri.

Dalam masa empat bulan, lukanya semakin sembuh, malang kakinya bisul menyebabkan bengkak dan kali ini dibawa ke klinik swasta yang mempunyai pakar vaskular.

Selepas diperiksa, pakar vaskular mendapati sistem peredaran darah wanita ini tidak menghadapi sebarang masalah dan tidak perlu dilakukan amputasi bawah lutut seperti disaran dan hanya perlu dilakukan pembedahan kecil bagi bisul untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak.

Pakar vaskular itu merujuk kes itu ke hospital kerajaan tempat wanita berkenaan diamputasi jarinya, dengan surat rujukan supaya hanya sebahagian kecil kaki dibedah. Bagaimanapun saranannya tidak diterima dan pakar ortopedik tetap berkeras dengan amputasi bawah lutut.

Tidak setuju dengan saranan pakar ortopedik, warga emas berkenaan meminta untuk keluar dari hospital.

Menurut pakar runding dan bedah vaskular, Hospital Pakar Damansara, Dr. Ho Teik Kok, komplikasi kaki diabetes amat berkaitan dengan bidang vaskular.

Bidang vaskular hampir sama dengan kardiovaskular cuma bezanya kardiovaskular berkaitan dengan jantung manakala vaskular berkaitan dengan arteri dan vena dalam sistem pembuluh darah kecuali jantung dan otak.

"Sistem kardiovaskular diambil daripada perkataan kardio iaitu jantung dan vaskular pula bermaksud sistem atau rangkaian saluran darah.

"Penyakit sistem berkenaan dinamakan penyakit kardiovaskular," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Arterosklerosis adalah punca paling biasa yang menyebabkan arteri atau salur darah mengeras dan sempit akibat pembentukan plak.

Ini menyebabkan saluran darah tersumbat dan darah gagal sampai ke organ-organ yang memerlukan terutama kaki yang jauh daripada jantung dan mempunyai salur darah halus di hujung jari.

"Ini biasanya berlaku kepada pesakit diabetes mellitus, darah tinggi, kolesterol dan penghisap rokok tegar," katanya.

Arterosklerosis boleh berlaku dalam arteri di jantung (koronari), otak (karotid), abdomen atau perut (aorta), kaki dan arteri di bahagian lain badan.

AAA biasanya disebabkan oleh genetik, kolesterol tinggi, darah tinggi, diabetes, merokok atau tisu kognitif yang lemah sering berlaku kepada lelaki yang berusia 65 tahun ke atas.

Pembedahan biasanya akan dilakukan jika aorta membesar melebihi 5.5 sentimeter. Biasanya pembedahan terbuka dari dada ke perut dan mengambil masa untuk sembuh.

"Tetapi kini hanya pembedahan kecil menggunakan X-ray bagi memasukkan graf ke tempatnya," katanya.

Bagaimanapun bukan semua pesakit sesuai menjalani EVAR dan mereka perlu mendapat nasihat doktor pakar.

Masalah tangan, kaki atau ketiak berpeluh berlebihan juga boleh diatasi oleh pakar vaskular.

"Suntikan botoks diberikan pada tapak tangan atau kaki yang berpeluh.

"Bagi ketiak pula, pembedahan kecil dilakukan bagi mengeluarkan kelenjar peluh.

"Mereka juga boleh menggunakan mesin iontophoresis sebanyak tiga atau empat kali rawatan sehingga peluh kering," katanya.

Rawatan Mini Strok
Selain itu pakar vaskular juga boleh merawat mini strok daripada menjadi strok.

"Biasanya sebelum terjadi strok, pesakit akan mendapat amaran awal seperti sebelah badan lemah atau muka herot.

"Tetapi keadaan itu boleh pulih dalam masa beberapa jam. Ini dinamakan mini strok," kata Dr. Ho.

Keadaan ini penting sebagai amaran awal sebelum pesakit mendapat strok penuh yang boleh diatasi dengan rawatan awal.

"Bahagian leher pesakit akan diimbas bagi melihat arteri utama yang menyalurkan darah ke otak," katanya

Arteri sempit yang disebabkan oleh timbunan plak kolestrol akan dibedah bagi mengurangkan pesakit mendapat risiko strok kekal.

Dr. Ho berkata, pakar vaskular juga mengatasi masalah anurisme abdominal aortic (AAA) di mana saluran darah paling besar (aorta) di perut mengembang.

"Jika tidak dirawat, aorta yang mengembang boleh pecah dan menyebabkan kematian.

"Biasanya pesakit akan mengadu sakit perut dan sakit belakang."

Peripheral Arterial Disease
Kaki diabetes biasanya dikaitkan dengan Peripheral Arterial Disease di mana aliran darah ke kaki tersumbat kerana plak atau timbunan arterisklerosis.

Biasanya pesakit menderita akibat kesakitan di otot kaki semasa berjalan dan lega selepas berehat.

Keadaan bertambah teruk apabila kaki terluka dan sukar untuk sembuh disebabkan darah tidak sampai ke kawasan yang luka dan kadang kala menyebabkan gangren.

Bagaimanapun jelas Dr. Ho, keadaan kaki diabetes boleh diperbaiki jika mendapat rawatan awal dan tidak memerlukan amputasi.

"Pesakit dinasihatkan memeriksa sistem peredaran darah di kaki dengan menjalani CT Angiogram.

"Jika terdapat masalah dalam sistem peredaran darah, pesakit boleh rujuk kepada pakar vaskular untuk rawatan angiogplasti dan bypass pada urat kaki sama seperti di jantung," katanya.

Apabila sistem peredaran darah telah diperbetulkan, luka pada kaki pesakit diabetes akan cepat sembuh.

"Jadi amputasi adalah jalan paling akhir bagi pesakit diabetes yang mempunyai masalah berkaitan kaki," katanya.

Selain kaki diabetes, Varicose Veins atau vena verikos iaitu masalah pembuluh darah yang bengkak, berpintal, menyakitkan, pengaliran darah yang kurang normal dan timbul di permukaan kulit boleh diatasi oleh pakar vaskular.

Dr. Ho berkata, walaupun vena verikos tidak begitu berbahaya tetapi ia berisiko menyebabkan pendarahan jika terluka atau pecah.

"Ini disebabkan oleh injap yang rosak dan kawasan di betis dan peha akan berubah warna biru seperti lebam," katanya.

Biasanya vena verikos akan menyebabkan keadaan tidak selesa, gatal, kulit kering, ulcer atau luka.

"Keadaan ini boleh dirawat dengan radiofrekuensi atau laser dalam masa yang singkat dan pesakit boleh balik ke rumah pada hari yang sama," katanya.


Dr. Ho Teik Kok