Lagi Testimoni Psoriasis

Assalamualaikum, nama saya Nurrul Ain bt Mohamed, saya berumur 24 tahun dan sudah berumahtangga, mempunyai seorang cahaya mata berumur 2 tahun 5 bulan, saya mempunyai sebuah syarikat swasta menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan hospital yang bertempat di Hospital Angkatan Tentera 96 di Lumut, Perak.

Pada awal tahun Januari 2013 saya mengalami demam yang biasa dan saya merasa kan gatal di sekitar tangan kiri, kemudian saya pun berjumpa dokter dan megesahkan saya mendapat demam campak, tapi setelah 2 minggu bintik-bintik yang pada awal nampak seperti demam campak ini dah bertukar dan merebak ke seluruh badan dengan teruk seperti gambar yang telah saya paparkan ini:
                

Beginilah keadaan saya seawal 2 minggu pertama, kemudian suami mengajak saya berjumpa dokter pakar kulit dan saya pun pergi berjumpa dokter dan beliau mengesahkan saya menghidap penyakit Psoriasis, iaitu sejenis penyakit kulit yang tiada ubat penyembuhnya dan hanya boleh dikawal melalui pemakanan ubat yang beterusan dan pemakaian losyen khas.

Masa dapat tahu tu saya rasa sangat sedih, dalam masa yang sama ada juga rasa kecewa, malu pada suami, tapi suami sayalah yang banyak memberi semangat dan sokongan. Sejak awal Januari hingga bulan April saya makan ubat dokter pakar, dalam masa yang sama saya berusaha cari dan mencari di dalam internet apa punca penyakit ini dan mencari alternatif lain untuk menyembuhkan penyakit ni. Saya percaya “Setiap penyakit yang diturunkan Allah swt di muka bumi ini pasti ada penawarnya” Cuma kita kena usaha, percaya dan redha dengan ujianNya.

Pada bulan Mei saya terjumpa satu produk herba bernama An-Nabaat dan terbaca sedikit tentang penawar bagi penyakit psoriasis ni. Saya cuba berhubung dengan anak pengasasnya iaitu anak kepada Dr. Nurmawati, saya tanyakan tentang herba ni dan mula mencuba Herba Rawat Alahan dan Herba Rawat Kuman/Virus.

Selepas hampir 3 bulan menggunakan herba ni, nampak ada sedikit perubahan pada penyakit kulit saya. Namun ketika hampir genap 3 bulan menggunakan herba ni, semua penyakit psoriasis saya keluar dengan banyaknya, hinggakan saya rasa putus asa. Tapi setiap solat saya berdoa agar Allah SWT berikan saya jalan untuk mencari penawar penyakit ni, tapi hati saya masih nak teruskan herba ni.

Dengan izin Allah SWT lepas seminggu keadaan saya yang teruk itu kembali membaik dan semakin pulih. Penyakit psoriasis saya menjadi kering dan makin kering. Saya mula mengurangkan dos yang saya makan. Hinggalah saat tiba bulan puasa dan hari raya, penyakit psoriasis ni tak timbul lagi dan saya rasa sangat-sangat bersyukur. Saya terus menelefon Dr. Nurmawati dan memberi tahu berita baik ini. Sekarang saya masih meneruskan makan pil herba ni, tapi dalam kuantiti sehari hanya 1 pil sahaja saya ambil. Lepas pulih saya buat majlis kesyukuran di atas kesembuhan yang Allah SWT beri. Sekarang saya sihat seperti dulu, Sangat bersyukur saya cepat dapat mengatasi masalah penyakit ni dan tak putus-putus berusaha, alhamdulilah selama 9 bulan saya merawat penyakit ni dan akhirnya sembuh dengan berkat usaha, kesabaran dan berdoa setiap hari selepas selesai solat fardu.

Akhir kata dari saya, sebagai seorang Islam kita harus percaya pada janji Allah SWT, dan kita sebagai hambanya haruslah berusaha dan tawakal untuk mencari penawar tak kira penyakit atau masalah apa pun yang kita hadapi. Mungkin herba An-Nabaat ni adalah penawar untuk penyakit saya ini dan saya amat berterima kasih kepada Dr Nurmawati dan anak beliau kerana menghasilkan herba yang sangat berkhasiat. Wassalam.


Nurrul Ain bt Mohamed
aein_a@yahoo.com