Susu Kuda Liar Cegah Pelbagai Penyakit



KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) Pengambilan susu kuda liar secara berterusan didapati mampu mengawal dan mencegah sel-sel tubuh daripada rosak dan dijangkiti kanser, demikian menurut satu kajian.

Di samping itu ia berupaya melambatkan proses penuaan, menghindarkan tekanan serta penyakit berkaitan darah seperti denggi, kencing manis dan asma. Namun kesan penyembuhan bagi setiap individu adalah berbeza.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Rozita Rosli, yang berkata, "setakat ini, tiada lagi kajian saintifik (lain) yang dijalankan ke atas kesan susu kuda kepada pesakit kanser dan kami adalah perintisnya pada tahun 1997".

Dr Rozita berkata, perbandingan melibatkan empat jenis susu iaitu susu kuda liar, susu lembu, susu kambing, dan susu manusia; mendapati susu kuda liar adalah susu yang paling menyamai susu manusia dan ia mempunyai ciri-ciri terapeutik atau penyembuhan terhadap penyakit-penyakit tertentu.

KAJIAN IN-VITRO
Beliau menambah, fokus utama kajian adalah terhadap mekanisme tindakbalas susu kuda baka Niemans bagi sel kanser iaitu dua jenis penyakit leukemia (kanser darah) dan seterusnya terhadap empat jenis sel kanser iaitu kanser serviks, kanser ovari, kanser payu dara dan kanser usus.

"Dalam kajian in-vitro yang dijalankan terhadap sel leukemia dari manusia, antara 50 hingga 60 peratus pengurangan dapat dilihat dari segi jumlah kematian sel kanser.

"Ini secara tidak langsung membuktikan susu kuda liar mempunyai sifat antikanser yang mampu bertindak balas terhadap sel-sel kanser tersebut," katanya.

"Ia juga membantu untuk membekalkan tenaga tambahan, melambatkan proses penuaan dan menopaus, serta mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi,

BERNAMA 17/5/2008

P/S:
Kami di An-Nabaat juga menyedia susu kuda liar yang di import dari Sumbawa - Indonesia.
Tuan/Puan yang berhajat boleh hubungi 013-3112724