Testimoni Penghidap Psoriasis Arthritis


Januari 30, 2013 at 6:55 am
Puteri teja menulis:

Salam semua. Saya disahkan menghidap penyakit psoriasis arthritis pada akhir tahun 2008 ketika usia saya 27 tahun dan anak sulung saya berusia 8 bulan. Sakit ini menyebabkan sendi-sendi saya membengkak dan membengkok. Sakitnya tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Saya juga mengalami masalah kulit (psoriasis). Saya tidak boleh melakukan kerja rumah dengan baik. Malah untuk menaip di komputer pun mengambil masa. Saya bagai hilang arah, mujur ada suami dan keluarga yang memberi sokongan. Suami carikan saya pakar di sebuah hospital swasta. 4 tahun berulang mendapatkan rawatan, saya diberi ubat tahan sakit, mtx (ubat merawat kanser) dan beberapa ubat lagi. Ubat-ubat ini hanya untuk mengurangkan gejala pembengkokan sahaja bukan untuk menyembuhkan. Setiap bulan rawatan susulan diadakan namun penyakit ini masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh. Setiap hari saya hanya bergantung kepada ubat tahan sakit. Banyak kajian yang saya lakukan di internet mengenai penyakit ini.

Dan pada bulan 10/2012 yang lalu saya telah terjumpa web site ini http://an-nabaat.blogspot.com, lalu saya telefon pengasasnya Dr. Nurmawati Syakroni (pensyarah di upm yang mengkaji tentang perubatan herba). Saya nekad mahu mencuba ubat arthritis formula Dr. Ini (bukan multilevel marketing). Teringat akan janji Allah SWT tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali mati. Setelah habis 2 botol ubat herba tersebut, sakit saya beransur pulih dan alhamdulillah saya sudah pun berhenti dari mengambil ubat ini kerana saya merancang untuk menambah zuriat (anak saya sudah berusia 5 tahun) dan alhamdulillah sakit arthritis saya sembuh dan kini saya disahkan mengandung 6 minggu. Segala yang baik itu datang dari Allah SWT. Allah yang menyembuhkan dan memberi jalan. Ubat herba ini adalah penyebab sahaja. Saya tidak mengatakan ubat hospital dan perubatan moden adalah tidak baik tetapi saya hanya berkongsi apa yang saya alami dan saya rasa boleh membantu pesakit2 lain yang senasib dengan saya.

Sebuah komen di dalam: www.sangmentari.wordpress.com