Resepi Herba Untuk Kegemukan

Kegemukan atau obesiti merupakan keadaan berat badan yang berada di atas paras normal disebabkan adanya penumpukan lemak yang berlebihan di dalam badan. Peratus lemak dalam tubuh yang ideal ialah 16% bagi lelaki dan 20% bagi wanita dari berat badannya. Berat badan seseorang masih dianggap normal jika ia kurang atau lebih sedikit dari 10% berat ideal.

Untuk mengukur berat yang ideal, dapat digunakan rumus (tinggi badan - 100 cm) - 10%. contohnya tinggi badan 160 cm, berat idealnya adalah (160 - 100) - (10% x (160-100)) = 54 kg.

Kegemukan selain dapat mengurangi daya tarik fizikal seseorang, ia juga menimbulkan resiko lebih tinggi terhadap pelbagai penyakit kronik, seperti kencing manis, kolesterol tinggi, jantung, stroke dan hipertensi.

Penyebab:
1. Masukan kalori yang berlebihan berbanding dengan keperluan tubuh sebenar.
2.
Sebagian orang ada yang tubuhnya mempunyai daya serap tinggi terhadap kalori sehingga seluruh kalori yang masuk mampu diserap dengan baik. Keadaan daya serap kalori yang sebaliknya menyebabkan masalah ini.
3. Kurangnya kegiatan berbentuk fizikal atau bersukan.


Perawatan
:

1. Hindari makanan yang berlemak dan makanan yang di goreng.

2. Hadkan makanan berkalori tinggi dan hindari mengambil makanan ringan.

3. Hadkan makan daging terutama daging merah. Sebaiknya makanlah ikan.

4. Perbanyak makan makanan berserat, seperti sayuran dan buah-buahan segar.

5. Perbanyak minum air kosong (minimal 2 liter sehari) dan lakukan sukan secara teratur


Rawatan Herba:


Resepi 1
Bahan:
• 30 gram daun kemuning segar
• 30 gram bangle
• 30 gram daun jati belanda segar (15 gram jika kering)

Caranya:
1. Basuh semua bahan
2. Racikkan
3. Rebus dengan 700 cc air hingga berbaki 300 cc kemudian tapis.
4. Minum 150 cc 2 kali sehari

Resepi 2
Bahan:
• 2 buah mengkudu masak

Caranya:
1. Basuh buah mengkudu
2. Jus atau parutkan, kemudian tapis.
3. Minum 2 - 3 kali sehari

Resepi 3
Bahan:
• 30 gram daun mengkudu segar
• 30 gram daun kemuning
• 1 sudu air perahan limau nipis

Caranya:
1. Basuh semua bahan
2. Rebus dengan 600 cc air hingga berbaki 200 cc, kemudian tapis
3. Tambahkan air jeruk nipis, lalu minum 2 kali sehari

Resepi 4
Bahan:
• 2 buah delima putih muda, kupas dan ambil isinya

Caranya:
1. Blend isi delima atau tumbuk, tambahkan sedikit garam dan 100 cc air, kemudian tapis.
2. Minum 2 kali sehari

Keterangan:
Pilihlah salah satu daripada resepi di atas dan amalkan secara teratur dan berterusan.

Sumber: Prof. HM Hembing Wijayakusuma.

Bila Bumi Menumbuhkan Hempedu


Nama Popular: Hempedu bumi
Nama Lain: Sambiloto (Indonesia) Hempedu tanah, Pokok cerita, Akar cerita (Malaysia) King of bitter, Creat, Green chireta (Inggeris), Kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China)
Nama Saintifik: Andrographis paniculata
Family: Acanthanceae
Hempedu bumi lebih berupa tumbuhan semak dengan ketinggian di antara 50 sentimeter dan 90 sentimeter. Batangnya mempunyai banyak cabang berbentuk seakan empat segi. Daunnya tunggal bertangkai pendek dan tumbuh pada posisi berhadapan secara bersilang. Pangkal daun dan hujungnya meruncing, manakala tepinya adalah rata. Bahagian atas daun berwarna hijau tua dan bahagian bawah pula hijau muda.

Panjang daun tumbuhan ini ialah di antara dua sentimeter hingga lapan sentimeter, manakala lebarnya di antara satu sentimeter hingga tiga sentimeter. Ia juga mempunyai bunga berbentuk malai yang keluar dari hujung batang atau ketiak daun. Bunga kecil ini berwarna putih dengan sedikit ungu.

Hempedu bumi turut mengeluarkan buah dengan ukuran panjang sekitar 1.5 sentimeter dan lebar 0.5 sentimeter. Pangkal dah hujung buah berbentuk tajam. Apabila masak, buah ini akan pecah membujur menjadi empat kepingan. Biji di dalamnya berwarna coklat muda, agak nipis dan kecil.

Habitat dan pembiakan
Biasanya hempedu bumi tumbuh liar di tempat terbuka, seperti kebun, tepi sungai tanah kosong yang agak lembab atau pekarangan rumah. Ia tumbuh di dataran rendah di bawah 700 meter daripada aras laut. Tumbuhan berubat ini membiak menerusi biji benih atau keratan batang.

Bahan Aktif
Daun dan cabang hempedu bumi mengandungi lakton terdiri daripada deoksi-andrografolit, andrografolit (zat pahit), neu-andrografolit,14-deoksi-11,12-didehidro- andrografolit dan homo- andrografolit.

Tumbuhan ini juga mengandungi flavonoid, alkana, keton, aldehid, mineral (kalium, kalsium, natrium), asam kersik dan damar. Flavonoid banyak pada akar, iaitu jenis polime-toksiflavon, andrografin, panikulin, mono-O-metilwithin dan apigenit-7 serta 4-dimetileter. Bahan aktif andrografolit terbukti berkhasiat bagi melindungi sel hati.

Khasiat
Herba yang terkenal dengan rasa pahit ini juga mengandungi unsure anti bakteria dan anti radang. Dengan kandungan bahan aktif tertentu yang dikesan di dalamnya. Ia dipercayai mampu meredakan demam, menghilangkan panas dalam badan dan menjadi penawar racun.

Menerusi kaedah ramuan yang tepat, tumbuhan ini turut dipercayai mampu merawat hepatitis, jangkitan saluran hempedu, tipoid dan selesema, radang tonsil, radang paru-paru, radang saluran nafas radang buah pinggang akut, radang telinga tengah dan radang usus.

Ia juga dipercayai mampu merawat sakit gigi, malaria, kencing bernanah, kencing manis, batuk, asma, darah tinggi dan kusta. Malah dengan kandungan bahan aktif tertentu di dalamnya, hempedu bumi dipercayai dapat merawat keracunan akibat cendawan, ubi kayu dan makanan laut. Tumbuhan ini juga dipercayai berkeupayaan merawat kanser dan penyakit yang ada kaitan dengan kehamilan dan tumor.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.

Penggunaan
Hempedu bumi boleh dituai ketika ia berbunga. Bersihkan, kemudian potong kecil dan keringkan.

Kegunaan dalaman:
Rebus di antara 10 gram dan 20 gram hempedu bumi kering, atau giling sehingga halus menjadi tepung kemudian dicampur dengan air suam. Minumlah persediaan herba ini di antara tiga hingga empat kali sehari.

Bagaimanapun, lebih baik jika mendapatkan nasihat pakar perubatan herba atau doktor perubatan (medical doctor) terlebih dahulu bagi mengetahui tahap kesihatan semasa anda, jika mahu menggunakan herba ini untuk kegunaan dalaman.

Kegunaan luaran:
Rebus hempedu bumi yang masih segar kemudian gunakan air rebusan itu, atau gilingkan herba ini sehingga halus kemudian tampalkan pada anggota badan yang sakit seperti digigit binatang berbisa, gatal-gatal atau bisul.

Komersial
Dengan pelbagai khasiat yang ada pada tumbuhan berubat ini, usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengkomersilannya patut ditingkatkan lagi.
 
Dari pelbagai sumber