Psoriasis Bukan Penyakit Berjangkit


Meski tetap harus berwaspada terhadap pengaruh persekitaran, psoriasis bukanlah penyakit berjangkit. Pakar rheumatologi dr. Cecilia R Padang, PhD, FACR menegaskan bahawa penyakit psoriasis bukanlah penyakit kelainan kulit yang berjangkit.

"Penyakit ini lebih disebabkan oleh faktor genetik. Namun kadangkala faktor penyebabnya adalah interaksi dengan persekitaran. Namun yang pasti penyakit ini tidak berjangkit," kata Cecilia. Hal tersebut ditegaskannya dalam sebuah program pendidikan masyarakat, yang bertemakan: "Stop Psoriasis".

Menurutnya, jenis penyakit kelainan kulit ini termasuk unik kerana bukan disebabkan oleh faktor infeksi, alergik atau jenis kelainan kulit lain. Namun yang juga harus diperhatikan ialah penyakit ini sampai sekarang belum dapat disembuhkan. (ini menurut mereka)

Pengubatan yang ada hingga hari ini hanyalah untuk mengurangkan gejala psoriasis, memperbaiki keadaan kulit dan mengurangi rasa gatal. "Penderita psoriaris harus terus menjalani perawatan secara intensif kerana ini merupakan penyakit kronik," ujarnya.

Psoriasis biasanya bermula dengan gejala lesi kulit berupa lapisan atau penebalan kulit yang datar muncul di permukaan kulit, berukuran lebih dari setengah sentimeter. Lesi itu berwarna kemerahan yang ditutupi sisik putih dan transparan. Kelainan kulit itu biasanya terjadi pada bahagian kepala berambut, batas kulit kepala yang berambut, kedua siku dan lutut.

Sumber: kompas.com