Testimoni Penghidap Athritis


Pada mulanya terdapat bengkak dan sakit-sakit di sendi jari tangan. Pada akhir tahun 2007, pergelangan kaki pula yang bengkak hingga payah hendak berjalan dan memandu. Saya ke klinik swasta untuk mendapat rawatan. Doktor member pil tahan sakit, sodium… (lupa namanya). Doktor membuat ujian darah, dan seperti yang Doktor syaki, saya menghidap Rhaeumatic Athritis. Doktor memaklumkan bahawa RA ini tidak boleh sembuh tapi boleh dikawal. Doktor mencadangkan saya menerima rawatan di hospital.

Di hospital, diagnosisnya sama. Ditambah lagi dengan nasihat Doktor bahawa ubat yg diberi ini hanya boleh tahan sakit saja, tidak menyembuh dan ubat ini boleh serang buah pinggang. Mendengar kata-kata doctor ini saya mengambil keputusan untuk tidak makan ubat hospital lagi. Saya makan herba yang diiklan dalam akhbar serta yang diberi Kawan.

Pada tahun 2008-2010 saya makan mana-mana ubat alternative dan pil tahan sakit kerana sakit dan bengkak tidakhilang Bawah lutut saya pun makin bengkak. Saya pergi mengurut kerana kononnya bengkak urat. Saya sudah habis ikhtiar, hanya menunggu ramalan doctor bahawa RA akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan ‘deformed’.

Pada bulan Jun 2010, kakak saya belikan saya herba an-naabat. Kebetulan dia dihidapi kanser dan kawan dia yang menghidap kanser mendakwa bahawa dia nampak ada kemajuan. Pada mula saya tidak mahu kerana bosan, tapi kakak pujuk, katanya Allah dah janji, setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati. Jadi saya makan herba rawat arthritis. Mula-mula makan, sakit makin menjadi-jadi. Saya mahu makan ubat penahan sakit, tetapi kakak tidak bagi kerana katanya pengasas An Nabaat, Dr Nurma, melarang. Dia suruh saya habiskan 3 botol herba an nabaat. Saya yakin dengan kakak, kerana saya lihat dia cekal melawan penyakit kanser itu dan mengambil herba an nabaat itu kerana katanya dia yakin akan menemui penawar dengan izin Allah.

Belum habis satu botol, bengkak semakin terasa lembut. Kemudian mengecil. Bengkak di jari makin surut. Ada perubahan ini, sakit pun kian menghilang, bukan seratus peratus hilang. Saya terus habiskan 3 botol kerana inilah penawar terakhir buat saya. Itu fikiran saya. Habis 3 botol, bengkak dan sakit hilang. Kini saya makan selang sehari kadang-kadaang dua hari, kerana saya fikir, kemungkinan penyakit ni masih ada di dalam dan perlu dinyahkan. Insya Allah. Kini semua saudara mara dan kawan dan mereka yang pernah melihat saya berjalan tempang terhinjut-hinjut terkejut melihat perubahan saya. Saya boleh berjalan seperti orang biasa. Semoga Allah SWT kekal memelihara saya daripada penyakit arthritis ini. Amin. Alhamdulillah, Pengambilan herba an nabaat rawatan arthritis, telah diizinkan Allah sebagai penawar untuk menyembuh saya daripada penyakit yang mengganggu hidup selama hampir tiga tahun.’ Subhanallah.

* Puan Wawa ( 45 tahun) mengalami bengkak sendi sejak tahun 2007.