Testimoni Penyakit Psoriasis


Sudah lebih 2 tahun saya menderita penyakit kulit yang bernama psoriasis ini, saya pernah menggunakan ubat (sapu dan pil) yang diberikan doktor dari klinik kerajaan, namun ia hanya mengawal tetapi masih tidak dapat menyembuhkan penyakit saya. Selain itu pelbagai alternatif lainnya yang telah saya cuba, seperti memilih sabun yang sesuai, menggunakan sabun berubat, berpantang dalam makan dan kerap mandi, namun ia tetap juga tidak sembuh.

Alhamdulillah 3 Ogos 2012 saya pun mencuba ubat keluaran An-Nabaat iaitu herba rawat kuman/virus, herba rawat alahan, minyak kelapa dara, dan minyak herba.

Pada hari ke-10 mengambil ubat ini penyakit Psoriasis keluar dengan banyaknya dari badan saya dan terasa sangat gatal. Sebelum itu Dr. Nurmawati ada berpesan: Ubat ini akan mencuci & mengeluarkan habis kotoran dalam darah penyebab pada penyakit ini. Jika kuman/virus itu banyak di dalam darah, selepas makan ubat ini ia akan melawan dan keluar dengan lebih banyak, sekiranya ia keluar, bersabar dan biarkanlah dia keluar semua, selepas itu insyaAllah dia akan sehat.

Kini setelah hampir sebulan mengambil ubat ini gatal-gatal badan saya sembuh, kering dan tidak naik lagi. Yang tinggal hanya tompok-tompok berwarna cokelat gelap bekas dari gatal-gatal tersebut yang insyaAllah juga boleh dihilangkan.


Nur,
Kuala Lumpur

27 Tahun Derita Psoriasis


Kehidupan ceria seorang pelajar tingkatan tiga ini bertukar sengsara apabila dia secara tiba-tiba diserang penyakit kulit misteri dinamakan psoriasis. Akibatnya, Hazlinda mengalami simptom kulit mengelupas, kemerahan dan gatal, sekali gus menjejaskan rupa parasnya.

Akibatnya, dia hanya mampu duduk di rumah kerana kulitnya akan berasa sakit apabila berpeluh dan memakai baju. Itulah antara pengalaman yang dialami Hazlinda Ilias, 42 kira-kira 28 tahun lalu. Penyakit yang dialami Hazlinda masih berlarutan sehinggalah dia melangsungkan perkahwinan.


"Saya mencuba pelbagai rawatan termasuk cara Islam dan tradisional. Saya juga mencuba suplemen farmasi. Ada yang berkesan tetapi tak sampai sebulan, penyakit ini datang semula. Sehinggalah saya mencuba sejenis ubat herba tradisional yang mungkin serasi dengan saya. Penyakit kulit yang saya alami tidak sembuh sepenuhnya tetapi ia semakin berkurang sehingga 60 peratus," ujarnya.

Menurut Hazlinda, disebabkan perasaan malu dan kurang pengetahuan tentang psoriasis, dia tidak mahu berjumpa doktor ketika mula-mula mendapat penyakit ini.

"Saya sangat stres. Masa itu saya baru berada di tingkatan tiga. Akibatnya, pelajaran dan rutin harian saya terganggu. Penyakit kulit ini menyebabkan rasa sakit, gatal dan malu.

"Akhirnya atas dorongan keluarga, saya berjumpa doktor dan diberi ubat," katanya.

Tahun lepas, atas izin Allah, dia dipertemukan dengan usahawan herba, Dr. Nurmawati Syakroni dan sejak itu mencuba herba minyak kelapa dara, alahan dan antivirus untuk merawat penyakit tersebut.

"Alhamdulillah ia sesuai dengan kulit saya," akuinya. Tambah Hazlinda, walaupun kesan masih belum kelihatan tetapi ia membantu mengurangkan rasa sakit dan gatal terutama apabila cuaca panas dan melekit.

"Jika anda tanya, apa yang terjadi pada kulit saya 27 tahun lalu, susah saya nak gambarkan. Kulit menjadi gatal, bengkak dan alergi. Selepas berkahwin, suamilah yang banyak membantu dengan menyapu ubat di bahagian belakang. Seperti yang anda lihat sekarang, selepas mencuba ubat herba ini, yang tinggal hanyalah kesan parut. Walaupun saya belum pulih sepenuhnya, saya bersyukur kerana sekarang saya sudah tidak malu berjumpa orang ramai," ujarnya yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Ibu kepada empat anak ini mengakui, sebagai pesakit psoriasis banyak cabarannya.

Katanya, kulit akan menjadi kering apabila berada di dalam bilik berpendingin hawa dan tiada keyakinan diri apabila berjumpa dengan orang ramai.

Nasihatnya kepada pesakit-pesakit lain supaya bersabar dan tidak berputus asa.

"Kita perlu percaya setiap penyakit ada ubatnya. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang memberi kekuatan untuk terus tabah," katanya yang kini hidup gembira.

 Sumber: utusan.com.my   

Artikel ini telah disiarkan di Akhbar Mingguan Malaysia, pada Ahad 5/8/2012