5 Keunggulan Susu Kuda Liar


Anda mungkin pernah mendengar atau melihat iklan mengenai susu kuda liar. Dalam iklan tersebut, seringkali disebut bahwa susu kuda liar dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kanser payudara, kanser pangkal rahim, juga bahkan dikatakan mampu meningkatkan gairah seksual.

Di samping itu susu kuda liar juga memiliki sejumlah keunggulan yang perlu anda ketahui. 5 di antaranya ialah:

1. Kaya dengan vitamin
Kandungan vitamin susu kuda liar lebih banyak daripada susu lembu. Vitamin dan mineral yang terkandung dalam susu kuda liar antara lain ialah: Vitamin A, B2, B6, B12, C, E, zat besi, kalsium, kalium dan magnesium.

2. Menyembuhkan radang usus
Para pakar dari Universiti Jena di Jerman menemukan melalui hasil kajian mereka bahwa susu kuda membantu mengatasi gangguan radang usus besar, yang biasanya ditandai dengan cirit birit yang parah bercampur darah.

Radang usus dapat disebabkan kerana terlalu banyak bakteriaa jahat di dalam usus. Bakteriaa itu menciptakan racun yang mengiritasi dinding usus kemudian diserap ke dalam darah. Hal ini pada akhirnya menimbulkan cirit birit atau sembelit, usus bergejolak, perut kembung, mual dan meningkatkan produksi asam lambung. Susu kuda liar dapat merangsang pertumbuhan bakteria baik dalam usus, sehingga bakteria buruk tidak dapat berkembang lebih banyak dan zat-zat beracun dalam darah dapat dibuang.

3. Sesuai sebagai pengganti susu lembu
Kata Dr Rene Madeleyn dari departemen pediatrik di RS Filder di Stuttgart: “Susu kuda mengandungi banyak antibodi penetralisir bakteria dan virus ini adalah susu haiwan paling mirip dengan susu manusia. Kami sering memberikannya kepada bayi prematur untuk meningkatkan kekuatan dan kekebalan terhadap penyakit.”

Susu kuda sangat mirip dengan air susu ibu baik dari segi kandungan gizi mahupun komposisinya. Selain susu kambing, susu kuda dapat menjadi alternatif bagi bayi yang alergik terhadap susu lembu. Namun adalah perlu berhati-hati dalam memilih produk kerana apabila penyiapannya secara tidak steril, maka akan berbahaya bagi bayi. Konsultasikan dengan dokter Anda sebelum memberikan susu kuda kepada bayi.

4. Menyembuhkan eksim
Eksim adalah salah satu penyakit kulit paling umum yang menyebabkan infeksi pada bahagian kulit yang ditandai dengan gatal, kemerahan, bengkak dan melecet. Susu kuda yang dipekatkan dan dicampur dengan lidah buaya dapat mengurangi gejala eksim hingga 30%.

5. Lebih awet dan tahan lama
Susu kuda mengandungi komponen antibakteria yang semulajadi sehingga membuatnya mampu awet dan tahan lebih lama.

P/S:
Kami di An-Nabaat juga menyedia susu kuda liar yang di import dari Sumbawa - Indonesia.
Tuan/Puan yang berhajat boleh hubungi 013-3112724

Susu Kuda Liar Cegah Pelbagai Penyakit



KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) Pengambilan susu kuda liar secara berterusan didapati mampu mengawal dan mencegah sel-sel tubuh daripada rosak dan dijangkiti kanser, demikian menurut satu kajian.

Di samping itu ia berupaya melambatkan proses penuaan, menghindarkan tekanan serta penyakit berkaitan darah seperti denggi, kencing manis dan asma. Namun kesan penyembuhan bagi setiap individu adalah berbeza.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Siswazah) Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia Prof Madya Dr Rozita Rosli, yang berkata, "setakat ini, tiada lagi kajian saintifik (lain) yang dijalankan ke atas kesan susu kuda kepada pesakit kanser dan kami adalah perintisnya pada tahun 1997".

Dr Rozita berkata, perbandingan melibatkan empat jenis susu iaitu susu kuda liar, susu lembu, susu kambing, dan susu manusia; mendapati susu kuda liar adalah susu yang paling menyamai susu manusia dan ia mempunyai ciri-ciri terapeutik atau penyembuhan terhadap penyakit-penyakit tertentu.

KAJIAN IN-VITRO
Beliau menambah, fokus utama kajian adalah terhadap mekanisme tindakbalas susu kuda baka Niemans bagi sel kanser iaitu dua jenis penyakit leukemia (kanser darah) dan seterusnya terhadap empat jenis sel kanser iaitu kanser serviks, kanser ovari, kanser payu dara dan kanser usus.

"Dalam kajian in-vitro yang dijalankan terhadap sel leukemia dari manusia, antara 50 hingga 60 peratus pengurangan dapat dilihat dari segi jumlah kematian sel kanser.

"Ini secara tidak langsung membuktikan susu kuda liar mempunyai sifat antikanser yang mampu bertindak balas terhadap sel-sel kanser tersebut," katanya.

"Ia juga membantu untuk membekalkan tenaga tambahan, melambatkan proses penuaan dan menopaus, serta mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi,

BERNAMA 17/5/2008

P/S:
Kami di An-Nabaat juga menyedia susu kuda liar yang di import dari Sumbawa - Indonesia.
Tuan/Puan yang berhajat boleh hubungi 013-3112724