Halia Merah Pengganti Viagra


Sewaktu Viagra pertama kali diperkenalkan, banyak yang tertarik untuk mencubanya, khususnya di kalangan kaum lelaki. Berapa pun harganya tidak menjadi masalah, yang penting hanyalah bagaimana kehidupan seksual mereka dapat berlangsung lebih baik. Mereka bahkan berani mengabaikan sejumlah informasi tentang resiko serta kesan sampingan penggunaan Viagra ini.

Alam semulajadi kita sebenarnya kaya dengan tumbuhan yang menyediakan alternatif lain bagi menyembuhkan berkenaan masalah seksual ini tanpa harus melibatkan unsur sintetis. Antara tumbuhan herba ini ialah Halia Merah, pada sesetengah orang dalam masyarakat kita juga memanggilnya dengan nama Halia Bara.

Halia Merah merupakan sejenis halia tetapi ia berwarna merah. Bentuk pokoknya adalah serupa dengan halia biasa (yang biasa digunakan dalam masakan) hanya ia lebih kecil dan lebih rendah. Rimpang atau buahnya juga kecil dan berwarna merah. Aromanya sama seperti bau halia biasa namun lebih tajam. Bahagian tanaman ini yang memiliki khasiat penyembuh adalah rimpang atau akarnya.



Halia merah mengandung 2,50—3,90% minyak asiri yang terdiri dari sebatian zingiberin, kamfena, lemonin, zingiberen, zingeberal, gingeral, dan shogool. Bukan itu sahaja, Halia merah juga mengandung minyak damar, pati, asid organik, asid malat, asid aksolat, gingerin, dan oleoroksin.

Khasiatnya
Kunci kesihatan seseorang sebenarnya bergantung pada kelancaran peredaran darah dalam badannya, jika aliran darah tersekat atau tersumbat, penyakit akan mudah untuk timbul, antaranya seperti rheumatik, sakit pinggang, gout dan badan mudah letih. Masalah-masalah ini dapat diatasi menggunakan halia merah.

Selain itu rimpang halia merah juga dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu, mengembalikan selera makan, meredakan batuk dan selesema, serta meningkatkan kualiti kehidupan seksual.

Untuk mengubati batuk kering dan perut mulas, halia merah boleh dikunyah langsung atau dengan cara diperah dan diminum airnya, lakukan sebanyak tiga kali dalam sehari, selama tiga hari berturut-turut atau sampai gejala penyakit reda. Untuk mengatasi luka atau melecet, cukuplah dengan cara menampalkan halia merah yang ditumbuk pada luka.

Hal sama juga dapat dilakukan pada luka-luka, terkena duri dan gatal-gatal, khasnya pada luka terkena gigitan ular, caranya tumbuk halia merah kemudian dibubuh sedikit garam dan seterusnya dilekatkan pada luka tersebut.

Pengganti Viagra
Tanpa melalui proses sintetis, halia merah sememangnya telah kaya dengan kandungan kimia, seperti unsur 1, 8 cineole yang berperan mengatasi ejakulasi pramatang, sementara anestetik antikholinesterase mampu merangsang aktiviti saraf pusat dan merangsang ereksi. Selain merangsang ereksi dan mengatasi ejakulasi pramatang, mencegah kemandulan dan memperkuat daya tahan sperma. Unsur farnesal yang terkandung dalam tanaman ini juga mampu mencegah proses penuaan kerana ia berperan merangsang regenerasi sel kulit.

Untuk menambah gairah seksual, Anda dapat mencampur jahe dengan lengkuas, mengkudu, lada, telur ayam kampung dan sedikit garam. Caranya: tumbuk halus lengkuas, halia merah dan lada. Kemudian air perahan buah mengkudu masak ditambahkan pada air rebusan. Setelah itu, campuran ini ditapis hingga menjadi satu gelas air ramuan, tambahkan garam kemudian kacau hingga sebati.

Segelas ramuan ini kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian, masing-masing ditambahkan dengan sebiji kuning telur ayam kampung, kemudian kacau hingga sebati dan ramuan ini sedia diminum oleh suami dan isteri yang memerlukannya. Jika mahu boleh juga ditambahkan dengan madu lebah.

Kami sendiri di Herba An-Nabaat juga menyediakan "Ramuan Khas" bagi mereka yang menghadapi masalahan kesihatan berkenaan seksual seperti meningkatkan ghairah seksual, masalah kesuburan dan mati pucuk.

Dari pelbagai sumber